Bulan Ogos menjelang lagi. Pada bulan kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti dan program telah dirangka utk meningkatkan lagi semangat kenegaraan di dalam diri penduduk Malaysia. Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Program-program kemerdekaan turut dijalankan di sekolah-sekolah utk menerapkan nilai2 cintakan Negara dari awal lagi. Institusi-institusi lain turut mengambil bahagian menjalankan aktiviti-aktiviti kenegaraan.
Erti kemerdekaan
Jika ditanya orang ramai tentang erti kemerdekaan, ini jawapannya,
Budak sekolah : Hari cuti sekolah
Pekerja : Hari cuti rehat
Warga asing : Hari lepak2 di Kotaraya
Pelancong asing : Hari ada pertunjukan bunga api dan konsert
Mat rempit : mlm tu ada racing motor
Petikan dari arkib Negara:
“Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.”
Antara program-program bulan kemerdekaan peringkat nasional:
Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang
Tarikh: 1 Ogos 2010
Tempat: Stadium Utama, Kangar, Perlis
Masa: 8.00 malam -10.30 malam
Pameran Kemerdekaan "Wira Yang Tidak Dicanang"
Tarikh: 17 Ogos 2010 hingga 17 September 2010
Tempat: Muzium Negara
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Agensi Pelaksana : Jabatan Muzium Malaysia
Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia
Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 6.15 petang – 10.00 malam
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan
Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara
Acara Perbarisan dan Perarakan
Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
sila klik untuk kehidupan lebih bahagia
Isnin, 9 Ogos 2010
Niat Puasa
Sempena Ramadhan yang bakal menjelang, marilah kita-sama memperbanyakkan ibadah. Pada yang telah lupa, disini pakcik kongsikan niat puasa, niat puasa sebulan dan niat berbuka sebagai ingatan.


niat berbuka


niat berbuka
Pelajar Tumbuk Guru
Sungguh biadap dan kurang ajar!!
Itulah yang pakcik dapat ucapkan bila menonton video ini.
Pada zaman yg serba serbi moden ini, guru-guru kini hanya menjadi "alat mengajar" dan tidak lagi dihormati seperti yang sepatutnya.
Video ini menunjukkan pelajar yang kurang ajar itu tergamak memaki dan menumbuk gurunya sendiri.
Pakcik sangat berharap agar insiden ini diambil tindakan sewajarnya demi membela nasib guru.
HIDUP CIKGU!!!
Ahad, 8 Ogos 2010
Balik kampung bersama Sani Express

Pakcik selalu berjalan jauh. Terutama ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Jika menaiki kereta, tentunya perbelanjaan minyak dan tol menjadi beban. Tambahan pula mata sudah tidak cukup "kuat" untuk perjalanan jauh.
Cara alternatif, menaiki bas ekspress. Banyak syarikat bas ekspress yang telah pakcik cuba, namun setelah menaiki Bas Sani Express, pakcik terus terpikat untuk menggunakan khidmat syarikat ini.

Dengan bas yang menggunakan teknologi baru, ruang dalaman yang luas dan selesa, tambahan dengan kakitangan yang mesra, pakcik akan terus bersama Sani Express.
Menjelang bulan Ramadhan ini, apakata jika kita yang merancang pulang ke kampung berhari raya, memilih perkhidmatan bas ekspress daripada memandu kereta.
Ini dapat membantu:
-mengurangkan belanja
-mengurangkan kesesakan jalanraya
-lebih menjamin keselamatan
Dan pakcik mencadangkan agar kita menggunakan perkhidmatan bas Sani Ekspress.
Berikut pakcik senaraikan destinasi-destinasi Sani Ekspress
Perlis Tel/Fax 04 977 9621
Alor Setar Tel/Fax 04 731 1871
Kota Bharu Tel/Fax 09 744 6767
Kuala Terengganu
kuantan Tel/Fax 09 517 7797
Shah Alam Tel 03 554 11973
Klang Tel 03 334 42754
Kajang Tel 03 873 67337
Hentian Putra Tel 03 404 27222
Hentian Duta Tel 03 620 10105
Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari web rasmi Sani Express www.saniexpress.com.my
Cicak Tokek yang berharga



Cicak merupakan haiwan yang sgt menggelikan oleh kite semua. Pakcik sendiri pada masa kanak2 suke bermain lastik cicak.
Tapi bagaimana jika cicak itu berharga jutaan ringgit?
Sejenis cicak yang dikenali sebagai tokek, dianggarkan bernilai RM1 juta untuk setiap kg.
Cicak ini didakwa mujarab utk menyembuhkan HIV namun belum ada kajian terperinci mengenainya.
Kerja mencari tokek ini agak kurang diketahui oleh penduduk di semenanjung namun agak popular di kepulauan Borneo.
Jadi pakcik rasa, sebelum kita melastik cicak, kita tgk dulu ianya cicak biasa atau tokek. RM RM RM!!
Maizawati kini bahagia

Tahniah pakcik ucapakn kepada Maizawati kerana selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Yassin Rahim yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah.
Walaupun berbeza jarak umur 12 tahun, Maizawati 35 dan Yassin 23, namun pasangan ini saling memahami saling melengkapi.
Bekas isteri kepada bekas penyanyi rock Akhil Hayy ini menyifatkan perkahwinan ketiga ini sebagai yang paling bermakna dan berharap ini merupakan yang terakhir utknya.
Sama2lah kita mendoakan agar Maizawati dan Mohd Yassin berbahagia hingga ke akhirnya. Amin…
Gay Berjaya atasi Bolt

Kejohanan Berlian – Jaguh pecut Usin Bolt telah diatasi oleh jaguh pecut amerika syarikat, Tyson Gay.
Bolt, pemegang rekod dunia 9.58 saat, hanya mampu mencatat 9.97saat untuk menempa tempat kedua dibelakang Gay, 9.84 saat.
Sabtu, 7 Ogos 2010
Chelsea perlu ditumbangkan - United

Alex Ferguson mengatakan Chelsea merupakan ancaman besar kepada United dan perlu ditumbangkan jika ingin mengungguli Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Chelsea yang telah merampas tahta juara EPL daripada Manchester United dilihat berpeluang untuk terus mempertahankan gelaran.
Kencing Tikus - 5 lagi mangsa terbaru

Penyakit kencing tikus atau leptospirosis menambah 5 lagi mangsa di Kedah menjadikan 11 kes setakat ini.
Terdahulu, penyakit kencing tikus ini telah meragut 6 nyawa di Lubuk Yu, Maran. Semua mangsa dijangkiti penyakit itu selepas menyertai Operasi menyelamat.
Anna Chapman - Perisik Seksi



Andai ada anugerah perisik paling seksi, pakcik rasa perisik dari Russia ini layak untuk anugerah itu.
Anna Chapman, 28 tahun, mempunyai bentuk tubuh menggoda dan wajah jelita, menggunakan "keistimewaannya" untuk mendapatkan maklumat sulit AS daripada pegawai-pegawai tinggi AS.
Baru-baru ini pakcik ada menonton SALT, rasanya filem ini ada ala-ala kisah si perisik ni.
p/s: wanita cantik bahaya
Langgan:
Catatan (Atom)