sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Selasa, 31 Ogos 2010

Operasi Malam Merdeka

Di dalam kita menyambut Hari Kemerdekaan ke 53, ada juga insan-insan lain yang menyambut dengan cara yang tersendiri. Insan-insan ini meraikan dengan cara "beramasmesra" dengan pasangan masing-masing di bilik hotel.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dalam Operasi Sayang telah menahan 22 pasangan kerana berkurung di dalam bilik dengan pasangan bukan muhrim.

Ops Sayang bermula jam 11 malam dan berakhir jam 4 pagi. JAIS menyasarkan hotel-hotel bajet di sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya.

Kebanyakan pasangan mendaftar bilik dengan nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik; mungkin untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Kesemua pasangan yang berusia antara 20-30 tahun di bawa ke ibupejabat JAIS dan jika sabit kesalahan boleh didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Namewee

Hari kemerdekaan dan Namewee seolah-olah ada perkaitan yang sukar difahami, tiap kali menjelang hari kemerdekaan, tiap kali itu juga nama Namewee timbul.

Namewee yang suka mencari publisiti dengan cara kotor ini sekali lagi membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia pada bulan kemerdekaan ini.



Terbaru, polis mengesahkan telah menerima empat laporan berhubung klip video berbaur perkauman terbaru oleh pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee.

Menurut ketua polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, "Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali."

Klip video terbaru Namewee itu bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.

Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar serta menunjukkan isyarat lucah.

Tilawah Al-Quran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)

Tilawah Al-Quran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), berlangsung di Melaka, selamat melabuhkaan tirainya. Tilawah yang menyediakan hadiah untuk pemenang setiap kategori wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil penyertaan, tempat kedua menerima RM7,000, piala iringan dan sijil penyertaan dan tempat ketiga RM5,000, piala iringan dan sijil penyertaan.



Numan Pimbayaya,27, daripada Mindanao, Filipina menjuarai Tilawah Al-Quran dengan memperolehi 89% markah. Qariah terbaik dimenangi oleh wakil Johor, Suraya Abu Hassan, 39.

Seramai tujuh qari dan sembilan qariah luar negara menyertai pertandingan itu antaranya dari Filipina, Afrika Selatan, Singapura, Thailand dan China.