Namewee yang suka mencari publisiti dengan cara kotor ini sekali lagi membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia pada bulan kemerdekaan ini.

Terbaru, polis mengesahkan telah menerima empat laporan berhubung klip video berbaur perkauman terbaru oleh pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee.
Menurut ketua polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, "Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali."
Klip video terbaru Namewee itu bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.
Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar serta menunjukkan isyarat lucah.