sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Khamis, 12 Ogos 2010

Berita terkini, isu terbaru – Pinjaman Wang Ramadhan Special

Apabila restoran dan hotel giat mempromosikan Buffet Ramadhan, syarikat pinjaman wang berlesen juga sibuk mempromosikan kempen pinjaman mereka.

Dorang sedar yang setiap kali bulan perayaan, rakyat memerlukan wang lebih untuk persiapan Aidilfitri, maka syarikat pinjaman ini "memancing" hati rakyat kita dengan memberi kadar faedah yang lebih rendah.

Yang sering terperangkap dgn situasi ini ialah kakitangan kerajaan. jadi marilah kita beringat. persiapan raya biarlah mengikut kemampuan. Janganlah kita berlebih lebihan...
Kelak selepas raya, peritnya jika dibeban hutang.

Berita terkini, isu terbaru – Jom berhenti merokok



“Bergaya, Nampak matang, release tension, nak berdiet, boleh kurus, suka-suka je” ayat biasa perokok.

Umum semua orang tahu yang merokok tidak ada kebaikan walaupun satu. Daripada kita kecil sampai la beso panjang mcm skrg, pakcik percaya kita telah lihat lebih daripada 20 kali berita yang memaparkan keburukan rokok. Itu belum lagi dikira kempen taknak merokok yang dijalankan oleh kerajaan.

BELANJAWAN : Perokok paling gelisah

Setiap kali belanjawan Negara dibentangkan, kita akan lihat ramai rakyat yang prihatin akan tekun menatap tv. Atau sibuk membeli akhbar untuk melihat berita terkini tentang belanjawan. Muka memasing punyelah risau, tapi bukan risaukan harga minyak naik,harga makanan naik, tapi cume merisaukan harga rokok yang dicium hari-hari.

ROKOK MAHAL : Biar tak makan, janji mulut berasap!!

Siapa kata langkah kerajaan menaikkan harga rokok boleh mengurangkan kadar perokok? Merokok merupakan 1 ketagihan, bukan suka-suka. Kalau rokok mahal, mereka beralih kepada rokok seludup, atau potong mana2 belanja bulanan untuk menampung belanja rokok.

Bahan kimia berbahaya dalam rokok

Nak jimat belanja untuk merokok? Mari pakcik ajarkan cara membuat rokok buatan sendiri. Di sini ada resepi turun temurun cara membuat rokok yang “kaw”.

Bahan-bahan / Ramuan

1 plastik asap kereta
2 sudu teh pencuci lantai
1 sudu kecil racun tikus
1 mangkuk raksa
2 ketul cadmium (bateri alkali)
3 ketul najis lembu kering

Campurkan semua bahan di atas didalam mangkuk besar
Kacau perlahan di bawah suhu 20 darjah
Gunakan wang kertas RM50 untuk membalutnya
Sila isap dan anda dah tak jauh dari signboard SELAMAT DTG KE ALAM BARZAKH

Jadi sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini, peluang untuk si perokok meninggalkan rokok teramatlah cerah. Mari kita katakan TAKNAK kepada rokok.