sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Memaparkan catatan dengan label buffet ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buffet ramadhan. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Ogos 2010

Hotel sijil halal di Selangor

22 hotel di Selangor telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dengan pertambahan lima lagi hari ini, 19 Ogos 2010.

Hotel2 yang baru mendapat sijil halal itu ialah Hotel Concorde Shah Alam, Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Hotel Carlton Holiday Shah Alam, Hotel Grand Dorsett Subang Jaya dan Hotel Crystal Crown Klang.



Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman berkata, "Kami harap umat Islam lebih peka memilih hotel yang mempunyai sijil halal supaya tidak tertipu dengan pakej bufet Ramadan yang ditawarkan oleh hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal.”

Jadi eloklah kiranya kita mengunjungi hotel2 yang telah mensapat sijil halal sahaja demi mengelak syak wasangka.

Khamis, 12 Ogos 2010

Berita terkini, isu terbaru – Pinjaman Wang Ramadhan Special

Apabila restoran dan hotel giat mempromosikan Buffet Ramadhan, syarikat pinjaman wang berlesen juga sibuk mempromosikan kempen pinjaman mereka.

Dorang sedar yang setiap kali bulan perayaan, rakyat memerlukan wang lebih untuk persiapan Aidilfitri, maka syarikat pinjaman ini "memancing" hati rakyat kita dengan memberi kadar faedah yang lebih rendah.

Yang sering terperangkap dgn situasi ini ialah kakitangan kerajaan. jadi marilah kita beringat. persiapan raya biarlah mengikut kemampuan. Janganlah kita berlebih lebihan...
Kelak selepas raya, peritnya jika dibeban hutang.

Selasa, 10 Ogos 2010

Buffet Ramadhan 2010

Tidak Sempat Memasak?

Sempena bulan Ramadhan, kebanyakan pengusaha restoran dan cafe ada menyediakan perkhidmatan berbuka puasa secara buffet. Buffet ini lebih digemari oleh para pelanggan kerana dapat merasai pelbagai jenis juadah dan mengelak pembaziran makanan.

Kepada mereka yang sibuk dengan kerja atau kepada yang ingin berbuka di luar, dan tercari-cari tempat untuk berbuka, di sini pakcik sertakan sebahagian daripada promosi buffet ramadhan untuk pilihan anda semua...

Philea Hotel, Melaka
Promosi Buffet Ramadhan
Dewasa RM68, Kanak-kanak RM35
13 Ogos - 9 September 2010
Tel : 06 233 3399

Ikea Restaurant
Buka Puasa Buffet
+/- RM60
11 Ogos - 9 September 2010


Crystal Crown Hotel

Buffet Ramadhan
11 Ogoos - 9 September 2010
RM60++


p/s: kalau ada tempat berbuka puasa yang menarik, sila kongsikan.