sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Selasa, 10 Ogos 2010

Buffet Ramadhan 2010

Tidak Sempat Memasak?

Sempena bulan Ramadhan, kebanyakan pengusaha restoran dan cafe ada menyediakan perkhidmatan berbuka puasa secara buffet. Buffet ini lebih digemari oleh para pelanggan kerana dapat merasai pelbagai jenis juadah dan mengelak pembaziran makanan.

Kepada mereka yang sibuk dengan kerja atau kepada yang ingin berbuka di luar, dan tercari-cari tempat untuk berbuka, di sini pakcik sertakan sebahagian daripada promosi buffet ramadhan untuk pilihan anda semua...

Philea Hotel, Melaka
Promosi Buffet Ramadhan
Dewasa RM68, Kanak-kanak RM35
13 Ogos - 9 September 2010
Tel : 06 233 3399

Ikea Restaurant
Buka Puasa Buffet
+/- RM60
11 Ogos - 9 September 2010


Crystal Crown Hotel

Buffet Ramadhan
11 Ogoos - 9 September 2010
RM60++


p/s: kalau ada tempat berbuka puasa yang menarik, sila kongsikan.

Kelas Bahasa Inggeris untuk kakitangan awam

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak mungkin akan menganjurkan kelas bahasa inggeris untuk kakitangan kerajaan. Sasaran kumpulan ialah penjawat awam muda.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Md. Yahaya Basimim berkata, penguasaan bahasa berkenaan memang satu kriteria baru dan mereka yang lemah harus mengambil inisiatif sendiri supaya kemahiran masing-masing dapat ditingkatkan.

"Saya harap semua peringkat penjawat dapat mengambil peluang yang ada kerana peluang untuk lebih maju (dalam perkhidmatan awam) masih berasaskan kepada kelulusan akademik untuk membolehkan seseorang itu dinaikkan ke peringkat atau gred yang lebih tinggi,”

Hidu Gam

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam)menggesa kerajaan membentangkan segera rang undang-undang bagi mengaitkan aktiviti hidu gam sebagai kesalahan.

Menurut Setiausaha Agung PEMADAM, Datuk Kamalia berkata, kanak-kanak mudah terpengaruh dengan gejala ini. Katanya lagi, "Kami melihat salinan draf rang undang-undang itu awal tahun ini dan berharap kerajaan dapat membentangkannya di Parlimen sebelum Oktober ini.”

Senawati Mariam Baharom Meninggal

Al-Fatihah buat Allahyarham seniwati Mariam Baharom, 75, yang telah meninggal di rumahnya di Singapura pada 5.20 pagi 8 Ogos lalu.

Isu Saman Ekor

Saman ekor membebankan atau mendisplinkan rakyat?

Saman ekor telah menjadi isu yang hangat ketika ini. Ini berikutan langkah kerajaan menyenarai hitamkan kenderaan dan tidak dapat memperbaharui cukai jalan sehingga menjelaskan saman.

Pada pakcik, saman ekor memang agak membebankan terutama pada mereka yang mempunyai "koleksi" saman lampau. Ada juga pemandu yang saman ekornya berjumlah ribuan Ringgit Malaysia.

Namun ada kebaikan juga. Kerana sebelum ini, para pemandu sentiasa berlumba-lumba di lebihraya, tidak menghiraukan had kelajuan. "Surat Cinta" yang dikirim PDRM dibiarkan sahaja kerana tidak memberi apa2 kesan.

Petikan dari www.drkhir.com

"Saya berharap kerajaan akan mengkaji semula tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang tidak menjelaskan "saman ekor" sehingga tidak dapat memperbaharui cukai jalan.
Kerajaan tidak wajar sama sekali mengaitkan kesalahan memandu laju dengan keperluan undang-undang untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans. Apakah yang ada dalam akal fikiran pembuat polisi ini? Kita menghalang mereka yang melanggar satu peraturan dari mematuhi peraturan lain. Janganlah kerana kesalahan saman ekor akan melarat kepada masalah kemalangan jalan raya yang mungkin melibatkan kematian tanpa perlindungan insurans dan cukai jalan. Inilah yang dikatakan lain bengkak, lain pula yang bernanah."