sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Selasa, 10 Ogos 2010

Kelas Bahasa Inggeris untuk kakitangan awam

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak mungkin akan menganjurkan kelas bahasa inggeris untuk kakitangan kerajaan. Sasaran kumpulan ialah penjawat awam muda.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Md. Yahaya Basimim berkata, penguasaan bahasa berkenaan memang satu kriteria baru dan mereka yang lemah harus mengambil inisiatif sendiri supaya kemahiran masing-masing dapat ditingkatkan.

"Saya harap semua peringkat penjawat dapat mengambil peluang yang ada kerana peluang untuk lebih maju (dalam perkhidmatan awam) masih berasaskan kepada kelulusan akademik untuk membolehkan seseorang itu dinaikkan ke peringkat atau gred yang lebih tinggi,”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan