sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Selasa, 17 Ogos 2010

Kadar Zakat Fitrah 2010

Kadar zakat fitrah? Perkara yang penting pada kita ialah menunaikan zakat fitrah. Adakah kita sudah menjelaskan zakat fitrah kita? Di sini pakcik kongsikan maklumat mengenai zakat fitrah dan kadar zakat fitrah walaupun ramai yang telah mengetahuinya.

Kadar fitrah ialah satu gantang beras bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah bagi setiap negeri
Negeri.

Kadar zakat fitrah mengikut negeri:

Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)

Perlis RM6.00
Kedah RM7.00
Pulau Pinang RM7.00
Perak RM7.00
Selangor RM7.00
Negeri Sembilan RM6.50
Melaka RM6.50
Johor RM5.00 / 7.50 *
Pahang RM7.00
Terengganu RM5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan RM7.00
Sarawak RM5.20
Sabah RM6.80
Wilayah Persekutuan RM7.00

*Mengikut jenis beras

Waktu membayar zakat

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Resident Evil Afterlife

Resident Evil Afterlife, cerita yang ditunggu ramai oleh peminat2 resident evil. Pakcik pun tunggu gak citer Resident Evil Afterlife ni. Jom kite tengok preview cite..

Wow, lagi best rupenye Resident Evil Afterlife ni dalam bentuk 3D, menambahkan keterujaan pakcik. hehe..


Tarikh tayangan : 09.09.10
Pengarah : Paul W.S Anderson
Pelakon : Milla Jovovich, Ali Larter, Wentworth Miller, Sienna Guillory

Dalam filem terbaru ini juga ditampilkan ramai watak yang sebelum ini hanya muncul di dalam game:Chris Redfield, Jill Valentine.

Jadi lepas raya nanti pakat2 kite gi tengok Resident Evil : Afterlife in 3D.

Huhahahahahuhuhuhaaaaa..........