sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Jumaat, 22 Oktober 2010

Mati berebut alat kawalan jauh tv

Kerana berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 maut selepas tercetus pertengkaran dengan adiknya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt, Mohd Haris Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran masing-masing.

Seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu, kepada mangsa.


Serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan teruk. Mangsa kemudian disahkan meninggal ketika mendapatkan rawatan di Klinik Balok.