sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Sabtu, 31 Julai 2010

kereta pakcik sakit!!!!

pakcik ada beli sebiji kereta proton (buatan Malaysia).
boleh la tahan dan selesa. bile hujan pakcik takde la kene hujan..
segalanya indah hinggalah tiba saat itu... sedang pakcik men"driving", tiba2 ada bunyi seakan dari gearbox. pakcik cube amati bunyi tu... memang sah dan kuat.
setelah masuk hari kedua, bunyi tu semakin menjadi2. dia berbunyi bile pakcik berjalan jauh...
pakcik pun hantarlah kereta pakcik ke pusat servis proton... punyelah mekanik tu check, test drive, takde pun bunyi...pakcik pun pulanglah ke rumah.. esoknye masa pakcik men"driving" lagi, bunyi tu kembali menghantui. terus pakcik ke pusat servis proton tu. tapi bile diperiksa, takde pun bunyi.. adehla...

Jumaat, 30 Julai 2010

silap mata terhebat!!

videopakcik nak share video silap mata yang power gile. silap mata yang tidak berani dimainkan oleh mana2pun ahli silap mata

Rabu, 28 Julai 2010

tebang pokok guna maki hamun...


pakcik nak share satu info yang pakcik dapat..
di kepulauan solomon, penduduk di sana menggunakan cara yang pelik untuk menebang pokok besar yang sukar ditebang, hanya dengan menggunakan kata-kata makian@carutan dan nistaan. seseorang yang mempunyai kepakaran dalam hal makian akan memaki hamun pokok tersebut siang malam, selama 30 hari. pokok itu akhirnya akan mati dan tumbang sendiri.
menurut mereka, kata2 maki itu akan membunuh roh pokok tersebut....

Isnin, 26 Julai 2010

Banci penduduk - Jangan buat-buat tak tahu

banci penduduk telah mula dijalankan. namun para petugas menghadapi masalah penduduk yang tidak mahu membuka pintu rumah dan memberi kerjasama. pakcik tak nafikan pada masa ni, ramai yang seisi rumah keluar bekerja. namun pakcik difahamkan para petugas bancian akan meninggalkan borang untuk diisi oleh penduduk yg tiada di rumah. lebih haru lagi bila petugas punyelah bg salam, namun tidak diendahkan.. alahai... Malaysia...

Street Dance - Teaser Trailer - Films N Movies


Street Dance - Teaser Trailer - Films N Movies
filem yang boleh dikatakan best la
simple movie tapi ada spirit. pergh!!!
gi kat link kat atas nak tgk preview

mek kelate kuat membebel?? pendiam??


mek kelate kuat membebel? betul ke ni?
pakcik lum pernah ada berurusan apa2 dengan mek2 kelate
tp ada juga mendengar keluhan beberapa org kawan yang bermakwekan mek kelate.
kata mereka, mek kelate kuat mengungkit dan membebel. kalau sekali keluar dating dtg lambat, sampai dating kali ke 100 pun dok ungkit. pakcik taktau la betol ke tak maklumat ni. pastu, mek-mek kelate yang comel lote ni pendiam je. kalau jumpe
orang2 lain yang sejantina, tanya sepatah, jwb sepatah. tp kalau jumpe yang
senegeri, fuh... pok pek pok pek. mesingan lagi...
hehe... mek2 kelate jgn marah ye. kalau ada yang x puas hati atau
bg pendapat, boleh anta komen..

Ahad, 25 Julai 2010

hari ahad dan overtime!!!!

hari ahad minggu ni pakcik x wat overtime. biasa2 ada tp kali ni bos x bg. xde keje kononnye. so, pakcik dah lame x rehat kat uma pada hari ahad. rasa janggal pulak. ada rasa mcm malu2 je nk tido2 lagi.. hehe..

Sabtu, 24 Julai 2010

shahir af8 - kebahagiaan dalam perpisahan

video

keisuke honda hampir ke ac milan?


bintang jepun di piala dunia 2010, semakin hampir ke ac milan. kelab itali itu hampir mendapatkan pemain cska moscow itu dengan nilai perpindahan RM61.8 juta. jurulatih ac milan, massmiliano mahukan honda beraksi bersama-sama ronaldinho dan alexandre pato. honda yang menunjukkan aksi cemerlang di piala dunia 2010 boleh bermain posisi penyerang dan tengah.

jahat - stacy

cerita wayang best minggu ni - sorcerer's apprentice



pakcik telah berkesempatan menonton wayang minggu ni. cerita sorcerer's apprentice. pada pandangan pakcik, cite ni memang best. pakcik bagi 5 star. walaupun watak utama dalam crita ni nampak "bangang" dan "bodoh-bodoh", namun dia tetap berjaya membawa wataknya dengan baik. filem ini juga sedikit sebanyak dapat mengubah pandangan kita tentang dunia magik. eh, tak boleh la pakcik nak cite semua. jadi pada sesiapa yang bercadang untuk menonton wayang namun belum ada cerita yang hendak ditonton, pakcik cadangkan la filem ni. gerenti puas hati.

Jumaat, 23 Julai 2010

ariel peterporn-sandra dewi juga terbabit?



setelah video seks bersama cut tari dan luna maya terdedah, kini tiba giliran sandra dewi. namun tiada video terlampau bersama ariel dijumpai di dalam komputer riba milik ariel. polis hanya menemui gambar-gambar lucah dan aksi-aksi berani sandra.

liverpool resah dek torres


bintang sensasi sepanyol, fernando torres masih menunjukkan ketidakpastiannya untuk terus bersama gergasi bola sepak liga perdana england, liverpool.

sabah-percutian menarik




pada 1 julai yang lalu, pakcik dan kawan-kawan pakcik berjalan ke sabah. dari lctt sepang, pakcik agak teruja sebab tidak pernah ke sabah. dan keterujaan pakcik tu berbaloi sebab sabah lebih indah yang dari pakcik bayangkan. setiba di terminal dua kota kinabalu, kami menaiki limosin ke le meridian hotel. sewa bilik hotel dengan pemandangan laut cukup indah dan berbaloi. pakcik ke tanjung aru untuk menikmati seafood tapi memang agak mahal. kawan pakcik mencadangkan kami ke pasar philipina untuk membeli makanan mentah dan dimasak sendiri. ternyata harga yg ditawarkan di pasar itu cukup murah, boleh dikatakan tidak dapat di tandingi oleh mana-mana pasar di kuala lumpur. pakcik cuba-cuba juga mendaki gunung kinabalu namun tidak berjaya. pendek kata, sabah terutama kota kinabalu merupakan tempat yang serba serbi lengkap. dari pada keindahan alam, hingga kemodenan yang telah berlaku di sabah, keduanya menunjukkan keseimbangan. visit sabah. hehe

Norman kawin memey lepas raya


pelakon norman hakim dilaporkan akan berkahwin dengan memey selepas hari raya aidilfitri. tarikhnya belum ditetapkan lagi. anak-anak norman hakim pula boleh menerima memey sebagai ibu tiri dengan memanggilnya "mummy".
pada pendapat pakcik, baguslah jika mereka nak kawin. sebab kalau x kawin pun mcm2 kontrofersi dan mulut orang mengata bermacam-macam. tapi tiba-tiba pakcik terfikir, kalau mereka ingin berkahwin semestinya mereka ada hubungan sejak dulu lagi. jadi perihal kena tangkap khalwat tu rasanya betul ke tidak ye?

Khamis, 22 Julai 2010

sesudah piala dunia


piala dunia 2010 telah melabuhkan tirainya. pemain pemain dari negara negara yang terbaik telah mempamerkan aksi aksi terbaik mereka.
kini tibalah saat yang lebih hangat- PEMBELIAN DAN PENJUALAN PEMAIN oleh kelab2 terkemuka.

ariel peterporn


isu yang tidak sudah-sudah.. pakcik dari dulu memang tak suka dengan ketaksuban sesetengah rakyat malaysia dgn artis dari seberang. pada pakcik, artis malaysia lebih berkualiti dari artis seberang. artis malaysia lebih macho dari ariel.
tapi pakcik tidak lah menyalahkan peminat sepenuhnya.
lihat saja stesen2 radio kita, buka saja radio pasti sakit telinga dengan lagu-lagu dr seberang. lagu- lagu tempatan seolah olah dipinggirkan.
sekarang apa sudah jadi... apabila sudah dipuja-puja dan menjadi kegilaan, timbul pula isu skandal video seks bukan dengan seorang, malah 30!!!

cole bukan untuk dijual!!


pengurus chelsea, bruce buck menegaskan bahawa ashley cole tidak akan dijual dan akan terus bersama kelab itu untuk musim hadapan.

isu air selangor

krisis bekalan air selangor...
menteri besar cakap lain, syabas cakap lain, menteri tenaga cakap lain juga..
alahai...... asalkan paip pakcik boleh keluar air, jadi lah...

uri disangka janin

penduduk taman saujana, bukit katil, melaka, gempar apabila seorang kanak-kanak menemui janin di dalam tin biskut di tepi sebuah kedai. namun kegemparan itu berakhir apabila pihak hospital mengesahkan "janin" itu adalah uri kepada wanita baru bersalin.. siatan segera pihak polis mendapati wanita berkenaan telah berkahwin dan melahirkan anak dengan selamat di hospital, bukan hamil luar nikah akibat zina seperti yang disangka-sangka.

sotong lebih kaya dari kita


sotong peramal piala dunia lebih kaya dari kita. dilaporkan sotong paul telah ditawarkan gaji RM1600 sebulan!! hehe... nampaknya status paul lebih dari kita. agaknya ada tak pakcik atau makcik yang nak buat paul jadi menantu? hehe..
tapi selain sepanyol, pakcik yakin ramai taik-taik judi yang turut berterima kasih pada paul. padahal semuanya kebetulan.