sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Jumaat, 29 Oktober 2010

Fikir Sejenak~

Mayat Perempuan Dalam Beg

Sayu bila pakcik mendapat berita mayat seorang remaja perempuan belasan tahun dijumpai di dalam sebuah beg pakaian oleh seorang pekerja bengkel.

Mayat remaja perempuan yang lengkap berpakaian itu telah dibunuh dan mayatnya disumbat ke dalam beg lalu dibuang di belakang bengkel di Ukay Perdana, Ulu Kelang.

Terdapat kesan lebam dileher dipercayai akibat dicekik. Begitu mudah pembunuhan yang berlaku di negara kita pada masa kini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata, mayat itu dijumpai oleh pekerja bengkel tersebut pada jam 3.30 ptg (28hb Okt).

"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Pakcik doakan agar si pembunuh cepat ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang sangat berat.