sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Khamis, 21 Oktober 2010

Jerebu, 80,282 murid diarah cuti


Ekoran kebakaran hutan di Sumatera, jerebu telah melanda 4 negeri di Malaysia setakat ini dan daerah Muar merupakan daerah yang terjejas paling teruk. Justeru, 80,282 murid dari 170 Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan 34 sekolah menengah di daerah ini diarah bercuti mulai hari ini apabila indek pencemaran udara (IPU) mencapai tahap merbahaya akibat jerebu. Seramai 6737 orang warga pendidik turut mendapat tempias apabila diarahkan bercuti sehingga keadaan kembali pulih. Namun pejabat sekolah akan tetap beroperasi seperti biasa.

Pegawai Daerah Muar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Jerebu daerah Muar, Mislan Karmani berkata, tahap IPU mencecah paras 432 mata, iaitu paras tertinggi dan diklasifikasikan sebagai merbahaya pada 11 pagi semalam sejak jerebu melanda daerah Muar, Isnin lalu. Pihaknya juga telah mengagihkan 10,000 penutup mulut dan hidung kepada sekolah-sekolah yang terlibat.

"Pembukaan semula sekolah ini bergantung kepada bacaan IPU yang akan dimaklumkan dari bilik gerakan daerah ini." katanya lagi.