sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Sabtu, 21 Ogos 2010

Aishah Sinclair dapat baby perempuan

Adik kepada pelakon Ashraff Sinclair, Aishah Sinclair, telah selamat mendapat anak perempuan. Aishah telah melahirkan anaknya pada 15 Ogos 2010. Bayi tersebut dinamakan Soraya Ann. Aishah dan suaminya, Sheikh Abdul Shahnaz bergelar bapa dengan kehadiran anak pertama mereka.

Sumber: Aishah Sinclair Dapat Anak | LimauAis




Pakcik ucapkan tahniah kepada Aishah sekeluarga. Moga Ramadhan dan Aidilfitri ini lebih ceria selalu..

15,033 khatam al Quran beramai-ramai

Alhamdulillah, 15 033 murid berusia antara 10 da n 11 tahun menyertai majlis khatam al Quran beramai-ramai di Melaka hari ini.

Penyertaan ini mengatasi rekod penyertaan dari Terengganu tahun lepas sebanyak 13 877 sekaligus majlis ini tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

Majlis khatam al Quran itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakub.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam berkata kepada pemberita kerajaan negeri menyasarkan 70 000 murid sekolah berjaya khatam al Quran sebelum tamat sekolah rendah.
Ujar beliau, "Ini satu usaha yang baik untuk kita menanam cinta al-Quran dari muda agar mereka menjadi pelajar dan anak-anak yang soleh dan solehah."

Raja Azmi diikat jamin

Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, lebih dikenali sebagai Raja Azmi, yang telah dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir pada perbicaraan kes saman sivil berhubung penjualan tanah berharga RM5.9 juta melibatkan dirinya, dibebaskan hari ini dengan ikat jamin RM8,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Mengenai kes Raja Azmi, segalanya bermula apabila seorang pemaju tanah, Hamzah Abdul Majid memfailkan saman terhadap Raja Azmi dan Mohd. Jalani berhubung penjualan dua saham tunggal milik syarikat mereka (Raja Azmi dan Mohd Jalani) iaitu Equal Alliance Sdn. Bhd. yang memiliki tanah seluas 35 ekar di Balakong, dekat sini yang dipersetujui pada harga RM4.9 juta.Perjanjian urus niaga itu ditandatangani pada 21 Mei 1995, bagaimanapun Hamzah mendakwa pasangan itu telah menandatangani perjanjian untuk penjualan hartanah yang sama kepada dua pihak lain, iaitu LBS Bina Holdings Sdn. Bhd. dan pengarah syarikat LBS, Joey Lim @ Lim Hock Guan pada 6 Jun 1996 pada harga RM5.9 juta.

Raja Azmi sebelum ini ditahan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya apabila beliau datang ke IPD tersebut untuk membuat laporan polis berhubung sebuah akhbar yang mengaitkannya dengan kes penceraian pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Lim Yee Lian selepas Raja Azmi hadir ke mahkamah di sini diiringi beberapa anggota polis kira-kira 9.25 pagi tadi.
Kelihatan suaminya, Mohd. Jalani Mohd. Sidek, anak sulung dan rakan2nya turut berada di mahkamah. Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan itu disambung pada 29 dan 30 November dan 13 hingga 15 Disember ini.

Raja Azmi tidak hadir utk memberikan keterangan pada 12 Ogos lalu dan menyebabkan prosiding mahkamah tertangguh. Pada mulanya, suami Jailani Sidek cuba mengikat jamin isterinya namun ditolak mahkamah kerana sudah muflis. Ikat jamin Raja Azmi dibayar oleh rakannya, Zahrin Aris sebanyak RM8000.

Pengetua di Sg. Petani pula keluar kenyataan perkauman

Isu pengetua bersikap perkauman meletus lagi, kali ini pengetua di sebuah sekolah di Sg. Petani. Kata2 kurang enak itu diucapkan semasa perhimpunan rasmi di sekolah berkenaan.

Kata2 pengetua itu pada mulanya hanyalah untuk menasihati pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yg berpuasa dengan tidak makan dan minum di hadapan pelajar Islam, namun entah macam mana boleh terbabas hingga mengeluarkan perkataan "pindah ke negeri lain" dan "balik ke China."

Semua 500 orang pelajar dan guru mendengar jelas kata2 daripada pengetua mereka. Pakcik maklum kata2 seperti itu memang sensitif, diharap pengetua itu lebih berhati2.

Pengetua Bersikap Perkauman

Pengetua merupakan pemimpin besar di sekolah dan tidak patut bersikap perkauman. Namun lain pula pengetua di SMK Tunku Abdul Rahman di Johor. Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata yang tidak "sedap" didengar pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.

Beliau didakwa telah berkata bahawa pelajar Cina tidak diperlukan dan perlu dihantar ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka kerana hanya anjing memakai tali seperti itu.

Pakcik kurang pasti dengan laporan ini kerana berlaku juga percanggahan maklumat. Dengar cerita, pihak pelajar dan pihak pengetua masing2 telah membuat laporan polis. Pengetua itu juga sudah membuat permohonan maaf.