sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Selasa, 14 September 2010

Datuk Sosilawati akan dikebumi di kampung

Adik ipar Datuk Sosilawati, Misjan Jamikan, 48, berkata, keluarga arwah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, berhasrat untuk mengebumikan usahawan kosmetik itu di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan.

"Saya mahu arwah disemadikan dengan sempurna dan kematian itu perlu ada tanda (kubur) agar kami boleh menziarahinya.

"Anak-anak Sosilawati perlu ke hospital untuk mendapatkan tulang-tulang atau apa saja untuk dibawa balik dan saya akan uruskan yang lain di kampung ini."

Norman dan Memey Bertunang


Alhamdulillah, syukur kerana akhirnya Norman Hakim dan Memey selamat bertunang semalam. Pelakon Norman Hakim, 34, atau nama sebenar beliau Mohamed Norhakim Zaidon, dengan Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey, 22, selamat melangsungkan pertunangan di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 dekat sini semalam. Pada majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu, rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran. Spekulasi hubungan cinta mereka akhirnya disahkan dengan pertunangan ini. Pakcik berharap agar mereka cepat-cepat berkahwin dan pada Norman, jangan nakal-nakal lagi ye...

Kes Datuk Sosilawati

Datuk Sosilawati dan 3 lagi kenalannya berkemungkinan telah menjadi mangsa bunuh dan bakar. Kemungkinan beliau dan 3 mangsa yang lain telah dibunuh di ladang kelapa sawit dan dibakar di situ. Kemudian abu mayat-mayat mangsa telah dibuang ke laut untuk menghapuskan bukti. Cerita ini belum lagi disahihkan oleh pihak polis.

Setakat yang pakcik tau, 6 orang suspek telah ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat termasuk seorang peguam yang bergelar datuk. Pakcik sangat berharap pelaku pembunuhan kejam ini dapat dikenalpasti secepat mungkin dan dihadapkan ke mahkamah dengan segera...

Al-Fatihah untuk Datuk Sosilawati dan 3 yang lain....

Sultan Kelantan yang baru


Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz telah mengumumkan pemasyhuran baginda di Balai Rong Seri Istana Balai Besar pada pukul 12.30 tengah hari 13 September 2010.

Demikian pengumuman yang dibacakan oleh Datuk Nik Aziz:

Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.
Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.