sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Khamis, 19 Ogos 2010

Isu kapal Selam Negara - Tidak boleh selam

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.
Pakcik pun tidak tahu betul atau tidak dakwaan Nurul Izzah sebab setahu pakcik, takkanlah pihak kerajaan akan menggadaikan keselamatan perairan negara dengan membeli besi buruk.
Sebab rata-rata kita tau yang kapal selam negara menyelam dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar, Sabah.


Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai itu dan menyifatkan Nurul Izzah sebagai penderhaka kepada negara.

“Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."

Bonus Raya Penjawat Awam

Berita baik untuk penjawat awam di Pulau Pinang kerana bakal mendapat bonus raya ini.
Bonus raya RM400 akan diberi pada 3 September 2010. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bonus ini diberi dan menunjukkan kerajaan negeri menghargai perkhidmatan awam di Pulau Pinang.
Tahniah la pakcik ucapkan pada kakitangan awam Pulau Pinang. Pakcik kojo swasta memang kompom takdok bonus. Apapun, rezeki masing-masing....

Benjy Bebas tuduhan dadah

Pelakon Benjy kini boleh menghela nafas lega kerana telah dibebaskan dari tuduhan dadah. Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim yang juga merupakan anak kepada eniwati Azean Irdawty itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya pada 15 Mac lepas. Namun Benjy masih perlu melalui dua pertuduhan yang lain.

Benjy, 32, kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar,Johor, selama dua tahun. Dua lagi pertuduhan terhadap Benjy ialah memiliki dadah jenis sama sebanyak 0.24 gram di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah itu di alamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada 3 petang hari yang sama.

Berita Terkini - Roslin bercerai lagi


Pemain badminton negara, Roslin Hashim bercerai lagi utk kali kedua.. ai... takde jodoh la tu.. Rata2 kita masih ingat kisah perkahwinan pertama Roslin yang hanya mampu bertahan 12 hari.. Kini perkahwinan kedua juga tidak kekal lama, Roslin cerai lagi..

Roslin Hashim telah berkahwin kali kedua dengan Norhayati Othman, 38 tahun, Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional. Hanya mampu bertahan lebih kurang sebulan, Roslin memfailkan penceraiannya.

Diharap Roslin bnyk2 bersabar menempuh dugaan...