sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Khamis, 19 Ogos 2010

Benjy Bebas tuduhan dadah

Pelakon Benjy kini boleh menghela nafas lega kerana telah dibebaskan dari tuduhan dadah. Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim yang juga merupakan anak kepada eniwati Azean Irdawty itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya pada 15 Mac lepas. Namun Benjy masih perlu melalui dua pertuduhan yang lain.

Benjy, 32, kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar,Johor, selama dua tahun. Dua lagi pertuduhan terhadap Benjy ialah memiliki dadah jenis sama sebanyak 0.24 gram di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah itu di alamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada 3 petang hari yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan