sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Khamis, 23 September 2010

Badrul Muhayat Bercerai jua...



Setelah pelbagai spekulasi dibuat, akhirnya pelakon serta model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani bercerai dengan isterinya, Julia Daud. Badrul telah menjatuhkan talak satu ke atas Julia.Julai yang bekerja sebagai pengurus acara dan penari sambilan itu menanggung dua orang anak, Siti Batrisyia, 3, dan Badrul Hidayat, 7 bulan. Julia merancang memulakan hidup baru dengan berpindah dan mencari pekerjaan yang lebih baik. Pakcik doakan agar Julia tabah dan berjaya dalam hidup.

Shahir AF8 Kemalangan Jalanraya



Isnin lalu, Shahir AF8 telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hurm... Shahir selamat cuma mengalami sedikit bengkak di kepalanya. Namun kemalangan itu telah menyebabkan kereta baru Shahir AF8 yang baru dibeli, Nissan Fairlady warna putih remuk teruk setelah berpusing 5 kali di atas jalan dan merempuh besi penghadang tepi jalan.




Kemalangan yang berlaku di Tapah, Perak itu berpunca daripada air hujan yang bertakung ditepi lebuhraya dan menyebabkan Shahir gagal mengawal kereta. Kereta Shahir AF8 berpusing lima kali sebelum merempuh besi penghalang di tepi jalan. Syukur, nasib baik kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain, atau keadaan akan menjadi lebih buruk.

Suspek kes Sosilawati jalani ujian DNA

Lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dipercayai bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Turut dibawa menjalani ujian itu ialah tiga individu lain.

Imbas kembali, Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Kesemua mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Suspek-suspek dan tiga individu itu tiba di perkarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu kira-kira pukul 3 petang menaiki sebuah trak polis yang diiiringi dua buah kereta peronda polis. Mereka dibawa dari Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) itu dikawal ketat oleh pihak polis. Kesemua suspek dibawa pergi oleh pihak polis lebih kurang pada jam 5.