sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Khamis, 22 Julai 2010

sesudah piala dunia


piala dunia 2010 telah melabuhkan tirainya. pemain pemain dari negara negara yang terbaik telah mempamerkan aksi aksi terbaik mereka.
kini tibalah saat yang lebih hangat- PEMBELIAN DAN PENJUALAN PEMAIN oleh kelab2 terkemuka.

ariel peterporn


isu yang tidak sudah-sudah.. pakcik dari dulu memang tak suka dengan ketaksuban sesetengah rakyat malaysia dgn artis dari seberang. pada pakcik, artis malaysia lebih berkualiti dari artis seberang. artis malaysia lebih macho dari ariel.
tapi pakcik tidak lah menyalahkan peminat sepenuhnya.
lihat saja stesen2 radio kita, buka saja radio pasti sakit telinga dengan lagu-lagu dr seberang. lagu- lagu tempatan seolah olah dipinggirkan.
sekarang apa sudah jadi... apabila sudah dipuja-puja dan menjadi kegilaan, timbul pula isu skandal video seks bukan dengan seorang, malah 30!!!

cole bukan untuk dijual!!


pengurus chelsea, bruce buck menegaskan bahawa ashley cole tidak akan dijual dan akan terus bersama kelab itu untuk musim hadapan.

isu air selangor

krisis bekalan air selangor...
menteri besar cakap lain, syabas cakap lain, menteri tenaga cakap lain juga..
alahai...... asalkan paip pakcik boleh keluar air, jadi lah...

uri disangka janin

penduduk taman saujana, bukit katil, melaka, gempar apabila seorang kanak-kanak menemui janin di dalam tin biskut di tepi sebuah kedai. namun kegemparan itu berakhir apabila pihak hospital mengesahkan "janin" itu adalah uri kepada wanita baru bersalin.. siatan segera pihak polis mendapati wanita berkenaan telah berkahwin dan melahirkan anak dengan selamat di hospital, bukan hamil luar nikah akibat zina seperti yang disangka-sangka.

sotong lebih kaya dari kita


sotong peramal piala dunia lebih kaya dari kita. dilaporkan sotong paul telah ditawarkan gaji RM1600 sebulan!! hehe... nampaknya status paul lebih dari kita. agaknya ada tak pakcik atau makcik yang nak buat paul jadi menantu? hehe..
tapi selain sepanyol, pakcik yakin ramai taik-taik judi yang turut berterima kasih pada paul. padahal semuanya kebetulan.