sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Memaparkan catatan dengan label zina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zina. Papar semua catatan

Rabu, 4 Ogos 2010

Jika pelajar sekolah dibenar berkahwin, selesaikah masalah pembuangan bayi?

Dulu sekolah ibu mengandung, kini kerajaan negeri Melaka menggalakkan pula ibubapa membenarkan pelaja2 sekolah berkahwin demi mengelakkan gejala buang bayi.

Saranan itu turut "direstui' Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan memberi kebenaran nikah kepada pelajar lelaki bawah 18 tahun, pelajar perempuan pula bawah 16 tahun.

"kalau ada pelajar tidak boleh tahan, tolong jangan berzina, minta kebenaran jumpa mufti, kita akan benarkan" kata Ali Rustam.

Pendapat pakcik pula, perkahwinan usia muda, dengan nafkah yang masih ditanggung ibubapa, kelak boleh mengundang masalah lain pula.

Khamis, 22 Julai 2010

uri disangka janin

penduduk taman saujana, bukit katil, melaka, gempar apabila seorang kanak-kanak menemui janin di dalam tin biskut di tepi sebuah kedai. namun kegemparan itu berakhir apabila pihak hospital mengesahkan "janin" itu adalah uri kepada wanita baru bersalin.. siatan segera pihak polis mendapati wanita berkenaan telah berkahwin dan melahirkan anak dengan selamat di hospital, bukan hamil luar nikah akibat zina seperti yang disangka-sangka.