Seorang suami tergamak kencing di muka isterinya gara-gara masakan isteri tidak menepati seleranya. Selain daripada kencing, si suami durjana turut melakukan pelbagai jenis penderaan seperti belasah dan mencukur rambut isteri hingga botak, dalam kejadian khamis lalu.
Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.
Suami yang sepatutnya menjaga isterinya bertindak biadap dengan melafazkan cerai talak tiga ketika kencing di atas mangsa. Isterinya yang berasa amat terhina telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.