sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Khamis, 19 Ogos 2010

Isu kapal Selam Negara - Tidak boleh selam

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.
Pakcik pun tidak tahu betul atau tidak dakwaan Nurul Izzah sebab setahu pakcik, takkanlah pihak kerajaan akan menggadaikan keselamatan perairan negara dengan membeli besi buruk.
Sebab rata-rata kita tau yang kapal selam negara menyelam dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar, Sabah.


Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai itu dan menyifatkan Nurul Izzah sebagai penderhaka kepada negara.

“Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan