Kerana berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 maut selepas tercetus pertengkaran dengan adiknya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt, Mohd Haris Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran masing-masing.
Seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu, kepada mangsa.
Serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan teruk. Mangsa kemudian disahkan meninggal ketika mendapatkan rawatan di Klinik Balok.
Takdir Tuhan pelbagai cara....kadang2 mati di tangan orang yg kita sayang...
BalasPadamajal d tangan tuhan
BalasPadamda ketentuan Nya.. nak wat cm n lagi.. ish2x mcm2 kn?
BalasPadammmm.. TV manual dolu2 gak yg bagus:
BalasPadamx yah remote, x gaduh2, atleast b'senam gak time tkr chanel tv tu.. mmg ajalnye mcm tu, jd penyebab je tu..
lepas nie dah tak boleh dah pakai remote..hahaha
BalasPadamsalam sahabaat
BalasPadamweleh gitu aja berebut ya bang hehehe good luck
ntah2 adik dia tu nakal tahap gaban. utk adik2, jgn nakal sgt. berhati perut la sikit. utk abg/kakak, jgn buli adik. kalo adik2 tu nakal sgt, tendang ajer. hahaha. nasihat ntah apa2. teringat adik2 aku yang nakal tahap gaban time kecik2 dolu.
BalasPadam