sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Selasa, 10 Ogos 2010

Isu Saman Ekor

Saman ekor membebankan atau mendisplinkan rakyat?

Saman ekor telah menjadi isu yang hangat ketika ini. Ini berikutan langkah kerajaan menyenarai hitamkan kenderaan dan tidak dapat memperbaharui cukai jalan sehingga menjelaskan saman.

Pada pakcik, saman ekor memang agak membebankan terutama pada mereka yang mempunyai "koleksi" saman lampau. Ada juga pemandu yang saman ekornya berjumlah ribuan Ringgit Malaysia.

Namun ada kebaikan juga. Kerana sebelum ini, para pemandu sentiasa berlumba-lumba di lebihraya, tidak menghiraukan had kelajuan. "Surat Cinta" yang dikirim PDRM dibiarkan sahaja kerana tidak memberi apa2 kesan.

Petikan dari www.drkhir.com

"Saya berharap kerajaan akan mengkaji semula tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang tidak menjelaskan "saman ekor" sehingga tidak dapat memperbaharui cukai jalan.
Kerajaan tidak wajar sama sekali mengaitkan kesalahan memandu laju dengan keperluan undang-undang untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans. Apakah yang ada dalam akal fikiran pembuat polisi ini? Kita menghalang mereka yang melanggar satu peraturan dari mematuhi peraturan lain. Janganlah kerana kesalahan saman ekor akan melarat kepada masalah kemalangan jalan raya yang mungkin melibatkan kematian tanpa perlindungan insurans dan cukai jalan. Inilah yang dikatakan lain bengkak, lain pula yang bernanah."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan