Hari kemerdekaan dan Namewee seolah-olah ada perkaitan yang sukar difahami, tiap kali menjelang hari kemerdekaan, tiap kali itu juga nama Namewee timbul.
Namewee yang suka mencari publisiti dengan cara kotor ini sekali lagi membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia pada bulan kemerdekaan ini.
Terbaru, polis mengesahkan telah menerima empat laporan berhubung klip video berbaur perkauman terbaru oleh pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee.
Menurut ketua polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, "Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali."
Klip video terbaru Namewee itu bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.
Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar serta menunjukkan isyarat lucah.
salam,
BalasPadamOrang macam ni memang sengaja cari populariti murah dan bagi polis pening kepala. Tangkap bubuh dalam guni buang dalam sungai Kulai...Buat menyusahkan orang ramai..
wasallam
nak salahkan pengetua skolah tu 100% pun x bleh
BalasPadamsiapa yg mulakan api dulu? siapa yg mula bukak FB page kutuk dan hina bangsa dan agama penduduk majoriti malaysia?
pengajaran terbaik untuk mereka yg terbukti memulakan api perkauman adalah buang negara
Kalau masa time Tun Mahathir dia buat mcm ni, habislah...menyesal seumur hidup..
BalasPadambelalang pun ade buat entry pasal mamat nih...
BalasPadambetul la klu Dr.M still memerintah,x jd perkara mcm nih...
Salam...
BalasPadamNamewee ni seolah-olah sengaja bermain dengan api... Sengaja nak menimbulkan kemarahan org melayu... Yg sedihnya, ada juga bangsa kita sendiri yg sokong si namawee ni... tgk kat blog namawee... malu dgn bangsa kita yg menyokong namawee ni atas dasar kepentingan politiknya...
dgr2 blog dia ada yg sponsor.. betul ke?
BalasPadamBaru skang kau orang perlukan Dr Mahathir? Dulu kau org juga yang kutuk, hina PM tu... Suruh berhenti jadi PM serta-merta. Bila Melayu mudah lupa, Cina bermaharajalela! Skang hendak salahkan siapa?
BalasPadamDah tak guna ingatkan perkara lepas.dah tinggal sejarah.yang penting sekarang..kita bersatu tegoh.kalau berpecah..roboh.Fikir2kanlah..sayangi negara kita..dmi anakcucu kita nanti.
BalasPadam- banyak celoteh pulak makcik nie..hehhe
dia belum rasa safety boot aku lagi ni
BalasPadam