sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Selasa, 31 Ogos 2010

Operasi Malam Merdeka

Di dalam kita menyambut Hari Kemerdekaan ke 53, ada juga insan-insan lain yang menyambut dengan cara yang tersendiri. Insan-insan ini meraikan dengan cara "beramasmesra" dengan pasangan masing-masing di bilik hotel.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dalam Operasi Sayang telah menahan 22 pasangan kerana berkurung di dalam bilik dengan pasangan bukan muhrim.

Ops Sayang bermula jam 11 malam dan berakhir jam 4 pagi. JAIS menyasarkan hotel-hotel bajet di sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya.

Kebanyakan pasangan mendaftar bilik dengan nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik; mungkin untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Kesemua pasangan yang berusia antara 20-30 tahun di bawa ke ibupejabat JAIS dan jika sabit kesalahan boleh didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

10 ulasan:

  1. jiwa remaja belum merdeka sepenuhnyer walaupon negara dah merdeka...mereka dijajah dengan cara hidup orang barat...so sad..:(

    BalasPadam
  2. sambutan merdeka yg panas!! huhuhu

    BalasPadam
  3. haha wat rugi je byr tuk 2 bilik tp gune 1 bilik je.. last2 kantoi gak.. haihh..xpk pnjg btl..

    BalasPadam
  4. astaghfirullah..bulan pose ni pon ade org beramasmesra ek..

    BalasPadam
  5. dah agak dah, SETIAP TAHUN mesti je ade kes mcm ni..

    kah3x, kantoi la pula dorang.. tapi ni jumlah yg kantoi, tak campur lagi dengan jumlah yg x kantoi..

    mesti bnyk jumlah yg buat projek time merdeka ni..

    BalasPadam
  6. adoi...nak wat tapi kantoi...tula, xpk panjang...

    BalasPadam
  7. da bese dga time2 celebration cm nie...
    ntah bile la malaysia nak wat hukum hudud...
    bia remaja nie sedar...
    bkn remaja je...
    org tua pon ade prangai tak senonoh...

    BalasPadam
  8. 22 pasangan.. mmg dahsyat punya ramai.. ke ada ramai lagi yg terlepas? uhh!

    bawak2 bertaubat.. hope lepas dah kena tangkap ni bertaubat la diorang tu..

    BalasPadam