sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Memaparkan catatan dengan label tema hari kemerdekaan 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tema hari kemerdekaan 2010. Papar semua catatan

Isnin, 9 Ogos 2010

Bulan Kemerdekaan 2010 - Erti dan Program Sambutan

Bulan Ogos menjelang lagi. Pada bulan kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti dan program telah dirangka utk meningkatkan lagi semangat kenegaraan di dalam diri penduduk Malaysia. Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Program-program kemerdekaan turut dijalankan di sekolah-sekolah utk menerapkan nilai2 cintakan Negara dari awal lagi. Institusi-institusi lain turut mengambil bahagian menjalankan aktiviti-aktiviti kenegaraan.

Erti kemerdekaan


Jika ditanya orang ramai tentang erti kemerdekaan, ini jawapannya,

Budak sekolah : Hari cuti sekolah

Pekerja : Hari cuti rehat

Warga asing
: Hari lepak2 di Kotaraya

Pelancong asing
: Hari ada pertunjukan bunga api dan konsert

Mat rempit : mlm tu ada racing motor

Petikan dari arkib Negara:
“Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.”

Antara program-program bulan kemerdekaan peringkat nasional:

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang

Tarikh: 1 Ogos 2010
Tempat: Stadium Utama, Kangar, Perlis
Masa: 8.00 malam -10.30 malam

Pameran Kemerdekaan "Wira Yang Tidak Dicanang"
Tarikh: 17 Ogos 2010 hingga 17 September 2010
Tempat: Muzium Negara
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Agensi Pelaksana : Jabatan Muzium Malaysia

Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia
Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 6.15 petang – 10.00 malam
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan
Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara

Acara Perbarisan dan Perarakan
Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Ahad, 1 Ogos 2010

Hari Kemerdekaan 2010


Hari ini telah masuk ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan negara kita. seperti biasa, sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos akan diserikan lagi dengan perarakan, laungan kemerdekaan, persembahan artis2 terkenal dan pertunjukan bunga api.
segala persiapan dirancang demi meningkatkan sikap cinta negara di dalam diri penduduk Malaysia.
Sambutan Hari Kemerdekaan 2010 jatuh dalam bulan Ramadhan. kita juga boleh mengambil keberkatan bulan ini dengan mengadakan baccan yasin dan doa selamat agar kemerdekaan negara kita kekal selamanya.
pada tahun ini "1Malaysia Menjana Transformasi dipilih sebagai tema. Tema hari kemerdekaan ini diplih bersesuaian dgn gagasan 1 Malaysia kita. jadi marilah kita bersama2 menghayati dan kibarkan jalur gemilang.....