Bulan Ogos menjelang lagi. Pada bulan kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti dan program telah dirangka utk meningkatkan lagi semangat kenegaraan di dalam diri penduduk Malaysia. Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Program-program kemerdekaan turut dijalankan di sekolah-sekolah utk menerapkan nilai2 cintakan Negara dari awal lagi. Institusi-institusi lain turut mengambil bahagian menjalankan aktiviti-aktiviti kenegaraan.
Erti kemerdekaan
Jika ditanya orang ramai tentang erti kemerdekaan, ini jawapannya,
Budak sekolah : Hari cuti sekolah
Pekerja : Hari cuti rehat
Warga asing : Hari lepak2 di Kotaraya
Pelancong asing : Hari ada pertunjukan bunga api dan konsert
Mat rempit : mlm tu ada racing motor
Petikan dari arkib Negara:
“Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.”
Antara program-program bulan kemerdekaan peringkat nasional:
Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang
Tarikh: 1 Ogos 2010
Tempat: Stadium Utama, Kangar, Perlis
Masa: 8.00 malam -10.30 malam
Pameran Kemerdekaan "Wira Yang Tidak Dicanang"
Tarikh: 17 Ogos 2010 hingga 17 September 2010
Tempat: Muzium Negara
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Agensi Pelaksana : Jabatan Muzium Malaysia
Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia
Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 6.15 petang – 10.00 malam
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan
Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara
Acara Perbarisan dan Perarakan
Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
sila klik untuk kehidupan lebih bahagia
Memaparkan catatan dengan label sambutan bulan kemerdekaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambutan bulan kemerdekaan. Papar semua catatan
Isnin, 9 Ogos 2010
Isnin, 2 Ogos 2010
Kibar Bendera dapat hadiah RM40,000

Berita baik untuk penduduk di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dengan hanya mengibarkan bendera, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM40,000 seperti TV plasma, Komputer riba dan telefon bimbit.
kempen Jom Kibar ini dianjurkan untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53.
kempen bermula 1-25 Ogos dan maklumat lanjut boleh didapati di web www.mpsj.gov.my
Langgan:
Catatan (Atom)