Pelbagai nama yang telah kita dengar, cicak tokek, cicak tokke, cicak anggak, cicak putih, cicak berharga dan cicak borneo. Sejak tersebar berita di dada akhbar yang kononnya cicak ini mampu mencecah harga jutaan ringgit, persepsi masyarakat terhadap cicak mula berubah.
Jika dulu, kita akan membunuh cicak tanpa sebarang "soal siasat". Namun kini kita akan memerhatikan jika kalau2 cicak yang ingin dibunuh tu dr jenis tokek atau tidak. Dan dimana2, kita akan dapat lihat usaha pemburuan cicak jenis ini dibuat demi harganya yang tinggi.
Cicak ini dikhabarkan mampu menghasilkan ubat untuk melawan HIV dan H1N1 namun belum ada kajian saintifik yang membuktikannya. Pakcik kasihan juga pada orang yang bersusah payah mencari cicak namun belum tentu boleh dijual.
Justeru, apakah nasib orang yang baru dalam bidang ini?
Apakah usaha mereka mencari sang cicak berbaloi?
Benarkah cicak ini mampu dijual dengan harga yang tinggi?
Jika benar, di manakah hendak dijual?
Pakcik teringat seorang kawan di K.Terengganu. Sejak berita cicak ini tersebar, beliau giat menjalankan usaha memburu cicak. Hasilnya, 3 ekor cicak tokek berjaya diperoleh. Namun beliau gagal mencari pembeli dan akhirnya cicak2 itu mati begitu saja.
So jika ada pembaca yang mempunyai sebarang maklumat, boleh kita berkongsi sama.
p/s:pakcik geli cicak. tambah lagi bila dia cabut ekor.
sila klik untuk kehidupan lebih bahagia
Memaparkan catatan dengan label cicak tokek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cicak tokek. Papar semua catatan
Rabu, 8 September 2010
Ahad, 8 Ogos 2010
Cicak Tokek yang berharga



Cicak merupakan haiwan yang sgt menggelikan oleh kite semua. Pakcik sendiri pada masa kanak2 suke bermain lastik cicak.
Tapi bagaimana jika cicak itu berharga jutaan ringgit?
Sejenis cicak yang dikenali sebagai tokek, dianggarkan bernilai RM1 juta untuk setiap kg.
Cicak ini didakwa mujarab utk menyembuhkan HIV namun belum ada kajian terperinci mengenainya.
Kerja mencari tokek ini agak kurang diketahui oleh penduduk di semenanjung namun agak popular di kepulauan Borneo.
Jadi pakcik rasa, sebelum kita melastik cicak, kita tgk dulu ianya cicak biasa atau tokek. RM RM RM!!
Langgan:
Catatan (Atom)