sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Rabu, 8 September 2010

Kisah cicak

Pelbagai nama yang telah kita dengar, cicak tokek, cicak tokke, cicak anggak, cicak putih, cicak berharga dan cicak borneo. Sejak tersebar berita di dada akhbar yang kononnya cicak ini mampu mencecah harga jutaan ringgit, persepsi masyarakat terhadap cicak mula berubah.

Jika dulu, kita akan membunuh cicak tanpa sebarang "soal siasat". Namun kini kita akan memerhatikan jika kalau2 cicak yang ingin dibunuh tu dr jenis tokek atau tidak. Dan dimana2, kita akan dapat lihat usaha pemburuan cicak jenis ini dibuat demi harganya yang tinggi.

Cicak ini dikhabarkan mampu menghasilkan ubat untuk melawan HIV dan H1N1 namun belum ada kajian saintifik yang membuktikannya. Pakcik kasihan juga pada orang yang bersusah payah mencari cicak namun belum tentu boleh dijual.

Justeru, apakah nasib orang yang baru dalam bidang ini?
Apakah usaha mereka mencari sang cicak berbaloi?
Benarkah cicak ini mampu dijual dengan harga yang tinggi?
Jika benar, di manakah hendak dijual?

Pakcik teringat seorang kawan di K.Terengganu. Sejak berita cicak ini tersebar, beliau giat menjalankan usaha memburu cicak. Hasilnya, 3 ekor cicak tokek berjaya diperoleh. Namun beliau gagal mencari pembeli dan akhirnya cicak2 itu mati begitu saja.

So jika ada pembaca yang mempunyai sebarang maklumat, boleh kita berkongsi sama.

p/s:pakcik geli cicak. tambah lagi bila dia cabut ekor.

3 ulasan:

  1. maklumat apa ni yg pakcik nak...kat sabah juga hebat pemburuan cicak2 ni..namun akhirnya suma kecewa saja...tapi ada juga yg berjaya menjualnya tapi apabila diketahui bahawa jenis tokek yg ada d malaysia tak sesuai so suma org x nak beli lagi...hmmm..cian mereka yg berusaha kan..seakan2 d tipu oleh ..entah sapa??hehe

    BalasPadam
  2. nak kongsi lah sikit,tokek ni ada 2spesis.yang satu mata merah,satu lagi mata hijau.yang harga mahal yang warna merah..info ni tahu dari pencari cicak ni.masa tu dok pi gunung senyum kat pahang.harga rm100,000.00.Memang susah nak percaya dia ckp.saya pun xpercaya.heheh

    BalasPadam
  3. Hi Selamat siang guys, Masih Bingung Dan Ragu Pilih Agen Poker & DominoQQ Yang Terpercaya?
    PIN BB : D61E3506
    👉 Whatsapp : +85598249684
    👉 L ine : Sinidomino
    poker online

    BalasPadam