sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Rabu, 4 Ogos 2010

Bekas ADUN Maut Ditembak


Bekas Adun Mati ditembak

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala masing-masing.

Mayat keduanya ditemui di dalam sebuah kereta di kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan.

Mayat Rohana mempunyai 2 kesan tembakan dan Abdul Aziz 1 kesan tembakan di kepala. Polis mengesahkan turut menemui pistol revolver .38 milik Abdul Aziz yang dipercayai digunakan dlm kes ini.

Pakcik belum dapat maklumat lanjut, tapi tembakan tu mungkin dilepaskan dari dalam kereta mangsa sendiri.

Selasa, 3 Ogos 2010

Buaya Di Port Dickson




Gempar orang ramai di pantai Ixora Permai, Port Dickson dengan penemuan bangkai buaya tembaga berukuran 5.48 meter.

Kita imbas kembali kisah seorang pemuda dari Melaka yang mendakwa kakinya digigit buaya sehingga cedera di pantai PD Januari lalu. Namun dakwaannya dinafikan banyak pihak.

Penemuan bangkai buaya ni seakan mengiyakan kata2 pemuda itu.

pakcik tengok dalam "paper", buaya tu memang besar dan menakutkan.

Tapi lepas pakcik fikir, selesa jugak ke buaya tu dok kat laut? Risau juga nak mandi pantai.

Isnin, 2 Ogos 2010

Kibar Bendera dapat hadiah RM40,000


Berita baik untuk penduduk di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dengan hanya mengibarkan bendera, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM40,000 seperti TV plasma, Komputer riba dan telefon bimbit.

kempen Jom Kibar ini dianjurkan untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53.

kempen bermula 1-25 Ogos dan maklumat lanjut boleh didapati di web www.mpsj.gov.my

BIADAP - gereja rancang "Hari bakar al-Quran"

Betapa biadap dan beraninya sebijik gereja di Gainsville, Florida merancang menganjurkan "hari membakar al-Quran" sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 september 2001.

Konsul Hubungan Amerika-Islam, (CAIR), kempen itu akan menyediakan 100,000 salinan al-Quran kepada penduduk di negara itu.

CAIR juga juga bertindak kurang ajar dengan meminta penganut agama Islam untuk mengadakan majlis makan malam "berkongsi al-Quran" sepanjan bulan Ramadhan ini.

Persatuan Kebangsaan Agama Kristian (NAE) mendesak gereja tersebut membatalkan upacara itu kerana boleh menimbulkan ketegangan agama.

Ahad, 1 Ogos 2010

Krisdayanti berCIUM


Dalam menidakkan hubungan cinta dengan Raul Lemos,seorang ahli perniagaan yang berjaya, penyanyi kontroversi Indonesia, Krisdayanti atau KD tanpa perasaan malu bercium dengan lelaki itu di depan khalayak.


Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di Radio Dalam, Jakarta Selatan. Raul pada masa itu kelihatan gementar dan penuh emosi. Pada masa itulah, KD dengan gaya penuh manja mencubit pipi Raul dan mengucup bibirnya.


Apalagi, terkejut beruk para wartawan yang hadir. KD sekali lagi mengucup bibir Raul setelah dipinta berbuat demikian oleh para wartawan.


Menurut sumber, Raul dikatakan sudah menjatuhkan talak ke atas isterinya, Silvalay Noor Artalita, dan mahu mengahwini Krisdayanti.


Raul Lemos dikatakan menjadi punca penceraian KD dengan Anang sudah bersedia mengahwini KD di Timur Leste...

Tekken 2010




Tekken 2010 : In order to put to rest the ghosts of his past, Jin Kazama enters the Tekken tournament, a fierce and dangerous competition featuring the world’s best martial artists. Following close behind him is Zheng, a rebel monk looking to save Jin from his own inner demons. While on the surface Tekken appears to be the corporation of the future, Jin and Zheng expose a dark underbelly that could threaten the very threads of humanity

director : Dwight H. Little
writer : Alan B McElroy
Cast :
Jon Foo as Jin Kazama/Devil Jin
Luke Goss as Steve Fox
Cung Le as Marshall Law
Kelly Overton as Christie Monteiro
Gary Daniels as Bryan Fury
Candice Hillebrand as Nina Williams
Marian Zapico as Anna Williams
Darin Henson as Raven
Anton Kasabov as Sergei Dragunov
Tamlyn Tomita as Jun Kazama
Cary-Hiroyuki Tagawa as Heihachi Mishima
Ian Anthony Dale as Kazuya Mishima
Nathan Jones as Craig Marduk
Lateef Crowder as Eddy Gordo
Gary Ray Stearns as Yoshimitsu
Hyun-kyoon Lee as Hwoarang
David Pitt as "Jack - Tekken Police"

Koleksi Kereta Sultan Brunei











kekayaan Sultan Brunei memang sudah diketahui umum. kat sini pakcik nak tengok2 koleksi kereta mewah kepunyaan antara raja terkaya di dunia itu. dianggarkan koleksi kereta mewah milik Sultan Brunei ini sebanyak 7000 buah. Bayangkan jika 2 buah padang bola pun belum tentu dapat mengisi semua kereta2 itu. kereta2 itu bernilai kira2 RM1.6 billion. fuh...sesak nafas pakcik

Hari Kemerdekaan 2010


Hari ini telah masuk ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan negara kita. seperti biasa, sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos akan diserikan lagi dengan perarakan, laungan kemerdekaan, persembahan artis2 terkenal dan pertunjukan bunga api.
segala persiapan dirancang demi meningkatkan sikap cinta negara di dalam diri penduduk Malaysia.
Sambutan Hari Kemerdekaan 2010 jatuh dalam bulan Ramadhan. kita juga boleh mengambil keberkatan bulan ini dengan mengadakan baccan yasin dan doa selamat agar kemerdekaan negara kita kekal selamanya.
pada tahun ini "1Malaysia Menjana Transformasi dipilih sebagai tema. Tema hari kemerdekaan ini diplih bersesuaian dgn gagasan 1 Malaysia kita. jadi marilah kita bersama2 menghayati dan kibarkan jalur gemilang.....

Sabtu, 31 Julai 2010

kereta pakcik sakit!!!!

pakcik ada beli sebiji kereta proton (buatan Malaysia).
boleh la tahan dan selesa. bile hujan pakcik takde la kene hujan..
segalanya indah hinggalah tiba saat itu... sedang pakcik men"driving", tiba2 ada bunyi seakan dari gearbox. pakcik cube amati bunyi tu... memang sah dan kuat.
setelah masuk hari kedua, bunyi tu semakin menjadi2. dia berbunyi bile pakcik berjalan jauh...
pakcik pun hantarlah kereta pakcik ke pusat servis proton... punyelah mekanik tu check, test drive, takde pun bunyi...pakcik pun pulanglah ke rumah.. esoknye masa pakcik men"driving" lagi, bunyi tu kembali menghantui. terus pakcik ke pusat servis proton tu. tapi bile diperiksa, takde pun bunyi.. adehla...

Jumaat, 30 Julai 2010

silap mata terhebat!!

pakcik nak share video silap mata yang power gile. silap mata yang tidak berani dimainkan oleh mana2pun ahli silap mata