sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Rabu, 4 Ogos 2010

Bekas ADUN Maut Ditembak


Bekas Adun Mati ditembak

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala masing-masing.

Mayat keduanya ditemui di dalam sebuah kereta di kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan.

Mayat Rohana mempunyai 2 kesan tembakan dan Abdul Aziz 1 kesan tembakan di kepala. Polis mengesahkan turut menemui pistol revolver .38 milik Abdul Aziz yang dipercayai digunakan dlm kes ini.

Pakcik belum dapat maklumat lanjut, tapi tembakan tu mungkin dilepaskan dari dalam kereta mangsa sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan