sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Sabtu, 18 Jun 2011

Jom Derma Darah!!



Sempena Karnival Sambutan Penderma Darah Sedunia, jom kita pakat derma darah di Pusat Darah Negara atau tempat2 berhampiran korang.

Memang kini kesedaran menderma darah makin meningkat dan para penderma pun semakin ramai, tapi pakcik harap kita lebih peka dan teruskan menderma kerana pengunaan darah kian meningkat saban tahun.

Hurm... mesti ada lagi di antara kita yg tak pernah menderma malah taktau pun jenis darah beliau. Ada kan?? Kan?? kan?

Isnin, 13 Jun 2011

Menara Berkembar Terengganu

Tahniah pakcik ucapkan kepada Terengganu kerana berjaya menjulang Piala FA buat kali kedua. Seseungguhnya pasukan Terengganu memang layak memenangi piala ini.

Dan kini Terengganu bakal mendapat sebuat mercu tanda baru di Kuala Terengganu, sebuah menara berkembar 30 tingkat yang akan meliputi kawasan seluas 16.2 hektar.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, menara berkembar yang menelan belanja beratus juta ringgit itu, akan menempatkan pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan pejabat Yayasan Terengganu.

"Secara dasarnya kerajaan negeri sudah bersetuju membina dua menara di bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pelan strategik Yayasan Terengganu di sini hari ini.

Ahad, 12 Jun 2011

Pi Kenduri Kat Kuala Selangor...

Hurm.... Dari semalam ramai2 plan nak konvoi ke rumah kawan di Kuala Selangor. Kenduri kawen si Amin. Plan punye plan, termaktublah permuafakatan untuk berkumpul di Subang Airport jam 9.30 pg..

Pakcik pun dengan tidak berlengah2 bertolak dr rumah di Cheras nak ke Subang. Jalan punye jalan punye jalan, sampailah Subang jam 9.45. hehe lambat jugak tu. Tapi bila dah sampai, sorang pun takde. Hampeh....

Menjelang kul 10 baru sebijik demi sebijik muncul. Pakcik wat muka langsi ckp kat dorang yg dorang x tepati janji (padahal pakcik pun baru je sampai.hehe)



So bertolak lah kami. Adat la berkonvoi, confirm lambat punya. Jam 12 baru sampai rumah si Amin.. Sampai je terus menyerbu sate ngan air. Lapo woooo....

Kat sane dpt gak jumpe member lama.. Kira seronok la gak. Anyway, Selamat Pengantin Baru Amin... (gambar amin lupa lak nk amek. opppss)

Jumaat, 10 Jun 2011

Khamis, 9 Jun 2011

Jual Beli Wanita Untuk Seks???



Hehe... kelakar juga bila pakcik baca akhbar Kosmo. Senyum sendiri pakcik bila mengingatkan di era moden ni ada juga orang yang memperjuangkan kehidupan wanita hingga ke tahap begitu.

Alkisahnya bermula dengan seorang ahli politik wanita Kuwait, Salwa al-Mutairi mencadangkan supaya golongan lelaki dibenarkan menyimpan hamba seks yang terdiri daripada kalangan banduan wanita bukan Muslim di negara-negara yang dilanda peperangan.



Alasan yang beliau bagi dalam akhbar tu adalah untuk mengelakkan lelaki Kuwait melakukan zina dan memberi peluang kehidupan yang lebih baik kepada wanita2 yang terlibat dalam peperangan. Hurm... logik kot.

Salwa juga menyatakan, semasa mengunjungi Mekah, dia pernah meminta pandangan beberapa cendiakawan Islam mengenai hamba seks. Menurutnya, mereka memberitahu bahawa hamba seks tidak haram.

"Sebagai contoh, di Chechnya, pastinya terdapat tahanan wanita Rusia. Justeru, pergilah ke sana, beli mereka dan jual wanita tersebut di Kuwait. Tiada apa yang perlu dimalukan dalam hal ini dan ia tidak haram (dilarang) di bawah hukum syariah Islam." kata Salwa.

Selasa, 7 Jun 2011

Negara Perlukan Pokok!!!



Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit, hanya 1.5 peratus pelepasan gas rumah hijau yang mampu diserap di sebuah bandaraya di negara kita, berbanding peratusan yang ideal iaitu 15 peratus.

Malaysia perlulah menanam 7 juta batang pokok bagi setiap 1 juta penduduk di bandaraya di negara ini untuk tujuan penyerapan ini.

"Oleh itu berdasarkan model progresif linear, saya telah mengira bahawa bagi setiap satu juta penduduk, kita memerlukan tujuh juta pokok bagi setiap bandar raya kita.



"Kita perlu menanam antara lain lebih banyak pokok teduh terutama di laluan pejalan kaki,” katanya lagi.

Datuk Dr. James Dawos Mamit menghadiri Perhimpunan Agung Ke-15 Persidangan Anggota Parlimen Asia Pasifik bagi Alam Sekitar dan Pembangunan (APPCED) di Kuala Lumpur hari ini.

Isnin, 23 Mei 2011

Kahwin Lewat Kian Membimbangkan


Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kini risau dengan trend kahwin lewat dikalangan wanita yang bekerjaya dan berpelajaran. Rata-rata wanita ini masih tidak berkahwin walaupun usia menjangkau 30-an.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata,"Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,”.

Menurutnya, keadaan ini membawa kepada petanda buruk dalam institusi perkahwinan.

Nasihat pakcik kepada wanita golongan ini, jika tiada calon yang sesuai, bolehlah mempertimbangkan pakcik sebagai calon suami. hehehe....

Ahad, 22 Mei 2011

Pelat @ Loghat

pakcik ada sorang kawan, pandai menyanyi... suara blh la tahan. tapi sayang bunyinya x mcm biasa. Pakcik nak tanya tp segan. Ada sesapa x yang boleh terangkan ni loghat mana ataupun sekadar pelat.

"boleh pandam-pandam"
"duduk renggam-renggam"
'bertambah sayam"
"biar malu-malu"
"biar segam-segam"

"embum pum takkam mampu"
"menumbuh sepucuk"

Gambar-gambar Tanah Runtuh di Hulu Langat, Rumah Anak Yatim Al Taqwa





Jumaat, 29 Oktober 2010

Fikir Sejenak~

Mayat Perempuan Dalam Beg

Sayu bila pakcik mendapat berita mayat seorang remaja perempuan belasan tahun dijumpai di dalam sebuah beg pakaian oleh seorang pekerja bengkel.

Mayat remaja perempuan yang lengkap berpakaian itu telah dibunuh dan mayatnya disumbat ke dalam beg lalu dibuang di belakang bengkel di Ukay Perdana, Ulu Kelang.

Terdapat kesan lebam dileher dipercayai akibat dicekik. Begitu mudah pembunuhan yang berlaku di negara kita pada masa kini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata, mayat itu dijumpai oleh pekerja bengkel tersebut pada jam 3.30 ptg (28hb Okt).

"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Pakcik doakan agar si pembunuh cepat ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang sangat berat.

Khamis, 28 Oktober 2010

Insentif Untuk Pemain Kelantan


Kerajaan negeri Kelantan akan memberi insentif kepada pemain bolasepak Kelantan kerana berjaya mara ke perlawanan akhir melawan Negeri Sembilan Sabtu ini. Ganjaran besar dalam bentuk wang tunai juga akan diberikan sekiranya berjaya menumpaskan Negeri Sembilan.

Jumlah ganjaran yang bakal diterima tidak dijelaskan. Tahun lalu, para pemain Red Warriors diberi ganjaran menunaikan umrah.

Selasa, 26 Oktober 2010

Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010

Agak terkejut pakcik apabila mendapat tahu yang tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 dinaikkan RM10 berbanding tahun lepas. Ini menjadikan harga tiket RM30 utk tempat duduk biasa dan RM50 utk tempat duduk utama.


Lawan


Alasan yang diberiakan pihak FAM berkenaan harga tiket dinaikkan adalah kerana ianya FINAL PIALA MALAYSIA 2010. Macam kurang munasabah je... Apapun FAM seolah2 mengambil kesempatan kerana penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan pastinya tidak kisah mengeluarkan wang asalkan dapat menyaksikan pasukan masing2 bertanding.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiket, tiket dijual mulai hari ini di stadium di negeri yang bertanding. FAM telah mengeluarkan 30,000 tiket untuk Kelantan, juga 30,000 untuk N.Sembilan. Yang selebihnya akan dijual di stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu, mulai jam 10 pg.

Lebuhraya SMART Ditutup Sementara


Lebuhraya Smart akan ditutup kepada lalulintas mulai 11 malam esok, 26hb Oktober sehingga pukul 6 pagi Rabu. So sesiapa yang plan nak lalu SMART masa tu, sila ikut jalan lain ye.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Smart 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan.

Isnin, 25 Oktober 2010

Kencing Di Muka Isteri

Seorang suami tergamak kencing di muka isterinya gara-gara masakan isteri tidak menepati seleranya. Selain daripada kencing, si suami durjana turut melakukan pelbagai jenis penderaan seperti belasah dan mencukur rambut isteri hingga botak, dalam kejadian khamis lalu.

Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.

Suami yang sepatutnya menjaga isterinya bertindak biadap dengan melafazkan cerai talak tiga ketika kencing di atas mangsa. Isterinya yang berasa amat terhina telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Santai~

duduk berehat di hujung minggu ni, jom relax tgk muka pelik2. bukan nak mengutuk cume cuci mata. hehe





Senyumlah.... senyuman memang sesuatu yang indah~




Jumaat, 22 Oktober 2010

Mati berebut alat kawalan jauh tv

Kerana berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 maut selepas tercetus pertengkaran dengan adiknya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt, Mohd Haris Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran masing-masing.

Seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu, kepada mangsa.


Serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan teruk. Mangsa kemudian disahkan meninggal ketika mendapatkan rawatan di Klinik Balok.

Khamis, 21 Oktober 2010

Jerebu, 80,282 murid diarah cuti


Ekoran kebakaran hutan di Sumatera, jerebu telah melanda 4 negeri di Malaysia setakat ini dan daerah Muar merupakan daerah yang terjejas paling teruk. Justeru, 80,282 murid dari 170 Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan 34 sekolah menengah di daerah ini diarah bercuti mulai hari ini apabila indek pencemaran udara (IPU) mencapai tahap merbahaya akibat jerebu. Seramai 6737 orang warga pendidik turut mendapat tempias apabila diarahkan bercuti sehingga keadaan kembali pulih. Namun pejabat sekolah akan tetap beroperasi seperti biasa.

Pegawai Daerah Muar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Jerebu daerah Muar, Mislan Karmani berkata, tahap IPU mencecah paras 432 mata, iaitu paras tertinggi dan diklasifikasikan sebagai merbahaya pada 11 pagi semalam sejak jerebu melanda daerah Muar, Isnin lalu. Pihaknya juga telah mengagihkan 10,000 penutup mulut dan hidung kepada sekolah-sekolah yang terlibat.

"Pembukaan semula sekolah ini bergantung kepada bacaan IPU yang akan dimaklumkan dari bilik gerakan daerah ini." katanya lagi.

Selasa, 19 Oktober 2010

Bayi lambat bercakap mungkin pekak


Bayi yang lambat bercakap mungkin mengalami masalah pendengaran. Justeru itu ibubapa dinasihatkan agar segera membawa bayi masing2 untuk menjalani ujian pendengaran jika bayi anda lambat bercakap.

Menurut Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, walaupun kebanyakan ibu bapa mengganggap lambat bercakap adalah perkara biasa terhadap sesetengah bayi, tidak semua bayi bernasib baik.

"Bayi yang lambat bercakap atau biasa disebut 'berat mulut' sebenarnya perlu diberi perhatian. Sepatutnya usia satu tahun sudah boleh mengeluarkan bunyi yang sepatutnya walaupun tidak jelas.

"Banyak dalam kalangan masyarakat anggap berat mulut perkara biasa dan apabila anak itu masuk usia tiga tahun tapi masih belum bercakap, ia boleh dianggap sudah terlewat dan kanak-kanak itu mungkin akan menjadi pekak dan seterusnya bisu kerana tidak pernah mendengar orang lain bercakap dan berkomunikasi," katanya.

Isnin, 18 Oktober 2010

Siti Kelembai


Baru2 ni pakcik ada menonton drama Siti Kelembai. Sebelum ini pakcik ingat cerita ni, cerita mengarut yang hampeh. Tapi lepas tengok cerita ni, jangkaan pakcik silap. Drama ni memang best. hehe...

Siti Kelembai ini akan ditayangkan setiap hari Isnin – Khamis jam 4.30 petang di TV3, bermula 20 September 2010. Rugi la pakcik tak tengok dari awal2.

Siti Kelembai dibarisi pelakon-pelakon yang hebat seperti Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof.





Sipnosis:

Sewaktu di dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala guru kelasnya sedang memberi pengajaran di hadapan, fikiran Siti Ratna akan melayang-layang entah ke mana dan seolah-olah dirinya berada di alam lain.

Pada zahirnya, Siti Ratna dianugerahkan rupa paras yang cantik warisan ibundanya, namun, kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang sangat selekeh dan tidak pandai menjaga penampilannya.

Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun.

Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.

Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai.