sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Selasa, 19 Oktober 2010

Bayi lambat bercakap mungkin pekak


Bayi yang lambat bercakap mungkin mengalami masalah pendengaran. Justeru itu ibubapa dinasihatkan agar segera membawa bayi masing2 untuk menjalani ujian pendengaran jika bayi anda lambat bercakap.

Menurut Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, walaupun kebanyakan ibu bapa mengganggap lambat bercakap adalah perkara biasa terhadap sesetengah bayi, tidak semua bayi bernasib baik.

"Bayi yang lambat bercakap atau biasa disebut 'berat mulut' sebenarnya perlu diberi perhatian. Sepatutnya usia satu tahun sudah boleh mengeluarkan bunyi yang sepatutnya walaupun tidak jelas.

"Banyak dalam kalangan masyarakat anggap berat mulut perkara biasa dan apabila anak itu masuk usia tiga tahun tapi masih belum bercakap, ia boleh dianggap sudah terlewat dan kanak-kanak itu mungkin akan menjadi pekak dan seterusnya bisu kerana tidak pernah mendengar orang lain bercakap dan berkomunikasi," katanya.

11 ulasan:

  1. kiranya kalau kuarkan bunyi je pun kira ok la eh?

    BalasPadam
  2. aku rase ni betul...anak buah aku ade sorang macam ni...

    BalasPadam
  3. kena take note ni demi ms depan..

    BalasPadam
  4. anak aku dah masuk 3 tahun tapi cuma boleh ckp ujung2 je, mcm nak air, dia ckp ae.
    Doktor pakar ckp lidah lemah je.Risau gak

    BalasPadam
  5. kalo bwk jumpa doktor dan didapati budak tu ada masalah pendengaran, ada cara utk atasi ke??
    http://www.duitlama2u.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. macam tu ye...
    boleh bgthu kat makcik2 den la pasni..

    BalasPadam
  7. ada gak sepupu saya yang cmni..
    lmbat cheq.. jd just tambah alat menddengar..

    BalasPadam
  8. tringt ada spupu sy dlu... lmbt bcakap... mmg risau smua org... tp alhmdlillah x apa2... ibu bapa mmg kna cpt alert jg... mana lah tau kan...

    BalasPadam
  9. Oooo... baru saya tahu tang nie, terima kasih bro perkongsian yg bermakna... buat semua!

    jom ber'Tweet' bersama humanitylife

    BalasPadam
  10. oo..
    ye ke..
    ingatkan biar lmbt asal selamat je..

    BalasPadam
  11. mama saya cakappun baby lambat cakap x elok..
    dgn pelat pun sama...

    BalasPadam