sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Sabtu, 18 September 2010

Alahai "Datuk" Pathmanabhan


Tergelak sinis pakcik bila mendapat tau yang penjenayah kes bunuh Datuk Sosilawati, Pathmanabhan bukan Datuk seperti yang diuar-uarkan. Rupa-rupanya si Pathmanabhan suka suki dia je guna gelaran datuk. Kemaruk sangat dia tu. Hahaha gelak sakan pakcik. Sebab pakcik ada juga terfikir, takkan lah ada negeri yang mengurniakan gelaran macam tu kepada orang yang bolehlah dikategorikan dalam golongan haiwan.

M Rajoli meninggal Dunia


Al Fatihah buat allahyarham M Rajoli atau nama sebenar Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, kerana meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam tadi akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.
"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok."

Takziah pakcik ucapkan buat seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai.

Al-Fatihah.....

Jumaat, 17 September 2010

Datuk Siti Mengandung?


Datuk Siti Nurhaliza mengandung? Pakcik pun taktau sebab pakcik bukan pakar sakit puan tapi ada khabar angin yang bertiup mengatakan Datuk Siti telah berbadan dua.
Berita ini tercetus ekoran pembatalan konsert Datuk Siti Nurhaliza di Pulau Pinang pada 25 September 2010. Pembatalan konsert itu dibuat oleh Datuk Siti Nurhaliza adalah atas nasihat daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Pusat perubatan itu menyatakan Datuk Siti tidak dibenarkan melakukan perjalanan jauh atau sebarang aktiviti fizikal. Tepukan gemuruh kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana beliau merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab. Beliau dikatakan akan memulangkan bayaran konsert yang diterima dan bertanggungjawab atas segala kerugian yang ditanggung pihak penganjur.
p/s: Datuk K khabarnya nafi Siti mengandung.

Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Malaysia!!!



Selamat hari Malaysia untuk semua warga Malaysia...

Rabu, 15 September 2010

Norman Hutang Abby Duit Hantaran


Kelakar pun ada bila timbul isu Norman masih hutang Abby diut hantaran masa kawin dulu.
Yelah kan, Norman baru je bertunang dengan Memey. "member" tu tengah sibuk seluk poket nak bayar hantaran memey, rupanya duit hantaran untuk bekas isteri pun belum selesai lagi. Bukan sikit punya nilai, tapi RM11,111.11. Banyak tu.... Abby pun kene menjaga dan membesarkan 3 orang anak mereka. Nasihat pakcik pada Norman, kalau ada hutang tu, bayarlah dulu. kasihan pada bekas isteri anda. Pada Memey, make sure Norman bayar dulu duit hantaran baru boleh kawin.

Selasa, 14 September 2010

Datuk Sosilawati akan dikebumi di kampung

Adik ipar Datuk Sosilawati, Misjan Jamikan, 48, berkata, keluarga arwah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, berhasrat untuk mengebumikan usahawan kosmetik itu di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan.

"Saya mahu arwah disemadikan dengan sempurna dan kematian itu perlu ada tanda (kubur) agar kami boleh menziarahinya.

"Anak-anak Sosilawati perlu ke hospital untuk mendapatkan tulang-tulang atau apa saja untuk dibawa balik dan saya akan uruskan yang lain di kampung ini."

Norman dan Memey Bertunang


Alhamdulillah, syukur kerana akhirnya Norman Hakim dan Memey selamat bertunang semalam. Pelakon Norman Hakim, 34, atau nama sebenar beliau Mohamed Norhakim Zaidon, dengan Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey, 22, selamat melangsungkan pertunangan di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 dekat sini semalam. Pada majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu, rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran. Spekulasi hubungan cinta mereka akhirnya disahkan dengan pertunangan ini. Pakcik berharap agar mereka cepat-cepat berkahwin dan pada Norman, jangan nakal-nakal lagi ye...

Kes Datuk Sosilawati

Datuk Sosilawati dan 3 lagi kenalannya berkemungkinan telah menjadi mangsa bunuh dan bakar. Kemungkinan beliau dan 3 mangsa yang lain telah dibunuh di ladang kelapa sawit dan dibakar di situ. Kemudian abu mayat-mayat mangsa telah dibuang ke laut untuk menghapuskan bukti. Cerita ini belum lagi disahihkan oleh pihak polis.

Setakat yang pakcik tau, 6 orang suspek telah ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat termasuk seorang peguam yang bergelar datuk. Pakcik sangat berharap pelaku pembunuhan kejam ini dapat dikenalpasti secepat mungkin dan dihadapkan ke mahkamah dengan segera...

Al-Fatihah untuk Datuk Sosilawati dan 3 yang lain....

Sultan Kelantan yang baru


Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz telah mengumumkan pemasyhuran baginda di Balai Rong Seri Istana Balai Besar pada pukul 12.30 tengah hari 13 September 2010.

Demikian pengumuman yang dibacakan oleh Datuk Nik Aziz:

Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.
Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.

Rabu, 8 September 2010

Kisah cicak

Pelbagai nama yang telah kita dengar, cicak tokek, cicak tokke, cicak anggak, cicak putih, cicak berharga dan cicak borneo. Sejak tersebar berita di dada akhbar yang kononnya cicak ini mampu mencecah harga jutaan ringgit, persepsi masyarakat terhadap cicak mula berubah.

Jika dulu, kita akan membunuh cicak tanpa sebarang "soal siasat". Namun kini kita akan memerhatikan jika kalau2 cicak yang ingin dibunuh tu dr jenis tokek atau tidak. Dan dimana2, kita akan dapat lihat usaha pemburuan cicak jenis ini dibuat demi harganya yang tinggi.

Cicak ini dikhabarkan mampu menghasilkan ubat untuk melawan HIV dan H1N1 namun belum ada kajian saintifik yang membuktikannya. Pakcik kasihan juga pada orang yang bersusah payah mencari cicak namun belum tentu boleh dijual.

Justeru, apakah nasib orang yang baru dalam bidang ini?
Apakah usaha mereka mencari sang cicak berbaloi?
Benarkah cicak ini mampu dijual dengan harga yang tinggi?
Jika benar, di manakah hendak dijual?

Pakcik teringat seorang kawan di K.Terengganu. Sejak berita cicak ini tersebar, beliau giat menjalankan usaha memburu cicak. Hasilnya, 3 ekor cicak tokek berjaya diperoleh. Namun beliau gagal mencari pembeli dan akhirnya cicak2 itu mati begitu saja.

So jika ada pembaca yang mempunyai sebarang maklumat, boleh kita berkongsi sama.

p/s:pakcik geli cicak. tambah lagi bila dia cabut ekor.