sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Ahad, 26 September 2010

Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun


Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama Malaysia apabila muncul sebagai juara Terbuka Jepun. Lee Chong Wei berjaya menewaskan musuh ketatnya Lin Dan, pemain China dalam aksi final.

Datuk Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan dalam masa 81 minit dan menang dengan mata 22-20, 16-21, 21-17.

Tarikh 10.10.10

Tarikh 10.10.10. Jatuh pada hari Ahad = hari cuti hujung minggu. Apa yang pakcik tau, pakcik akan mengalami kesibukan melampau dengan perut yang kenyang. Hehehe....

Ramai yang akan mengabadikan tarikh yang "susah nak dapat ni" dengan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka.

Ada yang dgn azam baru, ada nak beli kete baru, ada yang nak bertunang... Dan ramai rakan2 pakcik memilih tarikh tu untuk kahwin... Yahoooo.... nasik minyak lagi.

Pakcik pun dah taktau rumah sapa pakcik nak pegi dulu, rumah sapa kemudian dan rumah sapa pakcik makan bnyk, rumah sapa sikit. Bila dah 5 rumah hantar jemputan, pakcik kene la dtg semua...

Korang ada plan pape ke masa 10.10.10??

Khamis, 23 September 2010

Badrul Muhayat Bercerai jua...



Setelah pelbagai spekulasi dibuat, akhirnya pelakon serta model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani bercerai dengan isterinya, Julia Daud. Badrul telah menjatuhkan talak satu ke atas Julia.Julai yang bekerja sebagai pengurus acara dan penari sambilan itu menanggung dua orang anak, Siti Batrisyia, 3, dan Badrul Hidayat, 7 bulan. Julia merancang memulakan hidup baru dengan berpindah dan mencari pekerjaan yang lebih baik. Pakcik doakan agar Julia tabah dan berjaya dalam hidup.

Shahir AF8 Kemalangan Jalanraya



Isnin lalu, Shahir AF8 telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hurm... Shahir selamat cuma mengalami sedikit bengkak di kepalanya. Namun kemalangan itu telah menyebabkan kereta baru Shahir AF8 yang baru dibeli, Nissan Fairlady warna putih remuk teruk setelah berpusing 5 kali di atas jalan dan merempuh besi penghadang tepi jalan.




Kemalangan yang berlaku di Tapah, Perak itu berpunca daripada air hujan yang bertakung ditepi lebuhraya dan menyebabkan Shahir gagal mengawal kereta. Kereta Shahir AF8 berpusing lima kali sebelum merempuh besi penghalang di tepi jalan. Syukur, nasib baik kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain, atau keadaan akan menjadi lebih buruk.

Suspek kes Sosilawati jalani ujian DNA

Lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dipercayai bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Turut dibawa menjalani ujian itu ialah tiga individu lain.

Imbas kembali, Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Kesemua mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Suspek-suspek dan tiga individu itu tiba di perkarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu kira-kira pukul 3 petang menaiki sebuah trak polis yang diiiringi dua buah kereta peronda polis. Mereka dibawa dari Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) itu dikawal ketat oleh pihak polis. Kesemua suspek dibawa pergi oleh pihak polis lebih kurang pada jam 5.

Selasa, 21 September 2010

Profil Erni Dekritawati



Setelah pemergian ibunya, kini anak sulung kepada Datuk Sosilawati, Erni Dekritawati berazam meneruskan empayar perniagaan Allahyarham ibunya. Erni kini mengambil alih tugas ibunya dengan menjawat jawatan sebagai Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd yang baru.


Memang ramai yang memperkecilkan kebolehan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati ini namun tidak ramai yang sedar bahawa Erni sejak awal lagi telah didedahkan dan perturunkan ilmu selok belok perniagaan oleh ibunya.



Profil Erni Dekritawati

NAMA: Erni Dekritawati Yuliana Buhari
JAWATAN KINI: Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, United Kingdom
UMUR: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ADIK BERADIK: Sulung daripada enam beradik

INFO LAIN TENTANG ERNI DEKRITAWATI

-Erni Dekritawati atau lebih senang dikenali sebagai Rita mendapat didikan perniagaan sejak di bangku sekolah lagi apabila ibunya sering membawa Rita ke pejabat.

-“Saya diajar membuka bil, cara menarik pelanggan dan melayani pelanggan yang datang membeli produk. Setiap kali cuti sekolah, saya tidak berpeluang pergi bercuti seperti rakan lain, sebaliknya wajib datang ke pejabat seperti orang bekerja iaitu pergi pagi balik petang."

-Mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.

-Menurut Rita, dia pernah meminta kebenaran ibunya untuk mencari pengalaman kerja di United Kingdom selepas tamat pengajian kerana penuntut asing mempunyai dua tahun visa untuk kerja. Bagaimanapun tidak diizinkan ibu.

Isnin, 20 September 2010

DNA dalam kes bunuh Datuk Sosilawati

Jabatan Kimia memerlukan lebih masa untuk mengenai pasti profil DNA dalam kes bunuh Datuk Sosilawati.

Menurut N. Hithaya Jeevan, Ketua Pengarah Jabatan Kimia, Pengunaan analisis DNA dalam mengenalpasti mangsa dalam sesuatu kes jenayah kadangkala menghadapi kesukaran dari segi pengesahan identiti mangsa. Kesukaran ini juga didapati di dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati. Contoh kesukaran yang didapati ialah tempoh masa yang diperlukan untuk menjalankan profiling DNA ke atas bukti-bukti yang ditemui di lokasi kejadian.

“Kita menjangkakan profil DNA (kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya)itu akan disiapkan dalam masa terdekat ini.

“Bagaimanapun kita tidak boleh meletakkan tempoh tertentu untuk menyerahkan profil DNA terbabit kepada polis.

“Jangka masa profil (DNA) untuk disiapkan bergantung kepada berapa banyak bahan bukti serta penemuan yang ditemui dilokasi kejadian."

Kemalangan Maut di Jambatan Pulau Pinang

Berlaku satu kemalangan maut di atas jambatan Pulau Pinang yang meragut dua nyawa. Mangsa, sepasang suami isteri maut apabila kenderaan MPV yang dipandu oleh mangsa merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang.

Tiga lagi penumpang cedera dengan salah seorang penumpang tercampak ke dalam laut. Remaja 17 tahun itu tercampak ke laut, mujurlah remaja itu pandai berenang. Dia berenang ke tepi tiang jambatan dan diselamatkan oleh polis marin.

Mangsa yang maut ialah pemandu MPV itu Teh Boh Yi, 17, dari Sungai Rambai Bukit Mertajam dan isterinya Khor Lee Mui, 17, dari Mukim 8 Tanah Liat Bukit Mertajam, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada kira-kira pukul 1 pagi akibat kemalangan pada kira-kira pukul 11 malam.

Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan sejauh 5 kilometer dari tol jambatan itu. Menurut Ketua Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din, kemalangan maut itu dipercayai berlaku apabila MPV yang dipandu oleh Teh hilang kawalan semasa ia cuba memotong sebuah kenderaan.MPV itu kemudiannya terbabas ke pembahagi jalan sebelum dilanggar pula oleh sebuah lori membawa sayur, mengakibatkan ia merempuh besi selusur jambatan.

Sabtu, 18 September 2010

Alahai "Datuk" Pathmanabhan


Tergelak sinis pakcik bila mendapat tau yang penjenayah kes bunuh Datuk Sosilawati, Pathmanabhan bukan Datuk seperti yang diuar-uarkan. Rupa-rupanya si Pathmanabhan suka suki dia je guna gelaran datuk. Kemaruk sangat dia tu. Hahaha gelak sakan pakcik. Sebab pakcik ada juga terfikir, takkan lah ada negeri yang mengurniakan gelaran macam tu kepada orang yang bolehlah dikategorikan dalam golongan haiwan.

M Rajoli meninggal Dunia


Al Fatihah buat allahyarham M Rajoli atau nama sebenar Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, kerana meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam tadi akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.
"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok."

Takziah pakcik ucapkan buat seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai.

Al-Fatihah.....

Jumaat, 17 September 2010

Datuk Siti Mengandung?


Datuk Siti Nurhaliza mengandung? Pakcik pun taktau sebab pakcik bukan pakar sakit puan tapi ada khabar angin yang bertiup mengatakan Datuk Siti telah berbadan dua.
Berita ini tercetus ekoran pembatalan konsert Datuk Siti Nurhaliza di Pulau Pinang pada 25 September 2010. Pembatalan konsert itu dibuat oleh Datuk Siti Nurhaliza adalah atas nasihat daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Pusat perubatan itu menyatakan Datuk Siti tidak dibenarkan melakukan perjalanan jauh atau sebarang aktiviti fizikal. Tepukan gemuruh kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana beliau merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab. Beliau dikatakan akan memulangkan bayaran konsert yang diterima dan bertanggungjawab atas segala kerugian yang ditanggung pihak penganjur.
p/s: Datuk K khabarnya nafi Siti mengandung.

Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Malaysia!!!



Selamat hari Malaysia untuk semua warga Malaysia...

Rabu, 15 September 2010

Norman Hutang Abby Duit Hantaran


Kelakar pun ada bila timbul isu Norman masih hutang Abby diut hantaran masa kawin dulu.
Yelah kan, Norman baru je bertunang dengan Memey. "member" tu tengah sibuk seluk poket nak bayar hantaran memey, rupanya duit hantaran untuk bekas isteri pun belum selesai lagi. Bukan sikit punya nilai, tapi RM11,111.11. Banyak tu.... Abby pun kene menjaga dan membesarkan 3 orang anak mereka. Nasihat pakcik pada Norman, kalau ada hutang tu, bayarlah dulu. kasihan pada bekas isteri anda. Pada Memey, make sure Norman bayar dulu duit hantaran baru boleh kawin.

Selasa, 14 September 2010

Datuk Sosilawati akan dikebumi di kampung

Adik ipar Datuk Sosilawati, Misjan Jamikan, 48, berkata, keluarga arwah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, berhasrat untuk mengebumikan usahawan kosmetik itu di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan.

"Saya mahu arwah disemadikan dengan sempurna dan kematian itu perlu ada tanda (kubur) agar kami boleh menziarahinya.

"Anak-anak Sosilawati perlu ke hospital untuk mendapatkan tulang-tulang atau apa saja untuk dibawa balik dan saya akan uruskan yang lain di kampung ini."

Norman dan Memey Bertunang


Alhamdulillah, syukur kerana akhirnya Norman Hakim dan Memey selamat bertunang semalam. Pelakon Norman Hakim, 34, atau nama sebenar beliau Mohamed Norhakim Zaidon, dengan Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey, 22, selamat melangsungkan pertunangan di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 dekat sini semalam. Pada majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu, rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran. Spekulasi hubungan cinta mereka akhirnya disahkan dengan pertunangan ini. Pakcik berharap agar mereka cepat-cepat berkahwin dan pada Norman, jangan nakal-nakal lagi ye...

Kes Datuk Sosilawati

Datuk Sosilawati dan 3 lagi kenalannya berkemungkinan telah menjadi mangsa bunuh dan bakar. Kemungkinan beliau dan 3 mangsa yang lain telah dibunuh di ladang kelapa sawit dan dibakar di situ. Kemudian abu mayat-mayat mangsa telah dibuang ke laut untuk menghapuskan bukti. Cerita ini belum lagi disahihkan oleh pihak polis.

Setakat yang pakcik tau, 6 orang suspek telah ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat termasuk seorang peguam yang bergelar datuk. Pakcik sangat berharap pelaku pembunuhan kejam ini dapat dikenalpasti secepat mungkin dan dihadapkan ke mahkamah dengan segera...

Al-Fatihah untuk Datuk Sosilawati dan 3 yang lain....

Sultan Kelantan yang baru


Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz telah mengumumkan pemasyhuran baginda di Balai Rong Seri Istana Balai Besar pada pukul 12.30 tengah hari 13 September 2010.

Demikian pengumuman yang dibacakan oleh Datuk Nik Aziz:

Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.
Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.

Rabu, 8 September 2010

Kisah cicak

Pelbagai nama yang telah kita dengar, cicak tokek, cicak tokke, cicak anggak, cicak putih, cicak berharga dan cicak borneo. Sejak tersebar berita di dada akhbar yang kononnya cicak ini mampu mencecah harga jutaan ringgit, persepsi masyarakat terhadap cicak mula berubah.

Jika dulu, kita akan membunuh cicak tanpa sebarang "soal siasat". Namun kini kita akan memerhatikan jika kalau2 cicak yang ingin dibunuh tu dr jenis tokek atau tidak. Dan dimana2, kita akan dapat lihat usaha pemburuan cicak jenis ini dibuat demi harganya yang tinggi.

Cicak ini dikhabarkan mampu menghasilkan ubat untuk melawan HIV dan H1N1 namun belum ada kajian saintifik yang membuktikannya. Pakcik kasihan juga pada orang yang bersusah payah mencari cicak namun belum tentu boleh dijual.

Justeru, apakah nasib orang yang baru dalam bidang ini?
Apakah usaha mereka mencari sang cicak berbaloi?
Benarkah cicak ini mampu dijual dengan harga yang tinggi?
Jika benar, di manakah hendak dijual?

Pakcik teringat seorang kawan di K.Terengganu. Sejak berita cicak ini tersebar, beliau giat menjalankan usaha memburu cicak. Hasilnya, 3 ekor cicak tokek berjaya diperoleh. Namun beliau gagal mencari pembeli dan akhirnya cicak2 itu mati begitu saja.

So jika ada pembaca yang mempunyai sebarang maklumat, boleh kita berkongsi sama.

p/s:pakcik geli cicak. tambah lagi bila dia cabut ekor.

Proton waja baru


Insyaallah Proton bakal melancarkan Proton Waja versi baru @ waja replacement model. Dengar khabar dalam tahun 2010 ni juga. Waja versi baru ini ada ala-ala Mitsubishi Lancer. Wah... tak sabar pulak pakcik nak tengok kereta ini di atas jalan raya kita. Kat bawah ni pakcik sertakan gambar yang pakcik download pasal kereta waja baru ni.


OST CINTA KIRANA DAN LIRIK LAGU - DIA MILIKKU, YOVIE NUNO

Lagu tema dan lirik lagu tema sinetron Cinta Kirana, Dia Milikku oleh Yovie Nuno.



Lirik Lagu Yovie & The Nuno – Dia Milikku

semula ku tak tahu
engkau juga kan ingin memilikinya
bukankah ku lebih dulu
bila engkau temanku
sebaiknya tak mengganggu

reff:
dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

dia untuk aku

bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan
apa yang ’kan terjadi
tak usah mengaturku

reff2:
dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
kusarankan engkau mundur saja, ooo

repeat reff
repeat reff2

dia untuk aku
bukan, dia untuk aku

Cinta Kirana Episod Akhir

Sinetron Cinta Kirana sebuah sinetron yang meletup di Indonesia dan mempunyai pengikut di Malaysia. Di sini pakcik kongsikan beberapa episod daripada sinetron Cinta Kirana sebab pakcik pun sebenarnya baru nak tau fasal cerita ni.

Episod 2


Episod 6 (Galang ditampar)


Episod 8

Kedutaan Malaysia Diserang Lagi

Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan, diserang lagi semalam, 7 September 2010. Kali ini sejumlah penunjuk perasaan sekali lagi menceroboh dengan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia.

Demonstrasi selama sejam mulai pukul 11.40 pagi ini, segerombolan 170 anggota kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama "ganyang Malaysia", telah datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan lebat. Tindakkan mereka awalnya tidak dihalang oleh pihak polis yang mengawal di hadapan bangunan kedutaan.

Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin berkata Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Indonesia lantaran sikap yang ditunjukan polis yang mengawal kedutaan sedangkan pihak berkuasa Indonesia telah membuat akuan untuk melindungi Kedutaan Besar Malaysia dan warga negara Malaysia yang berada di Indonesia.

Rumah Terbuka Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri pada raya pertama di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya. Rumah terbuka yang akan turut disertai jemmah menteri itu akan berlangsung daripada 10.30 pagi-5 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pleh Jabatan Perdana Menteri, orang ramai digalakkan mengunakan perkhidmatan bas percuma yang akan disediakan demi memastikan kesesakan tidak berlaku.

Sebanyak 16 buah bas Nadi Putra disediakan di empat lokasi iaitu berhadapan Sekolah Menengah Alam Shah, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Putrajaya Sentral.

Kehilangan Jutawan Sosilawati

Kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi kenalannya masih lagi dalam siasatan pihak polis. Polis setakat ini sudah mendapat petunjuk berikutan kehilangan jutawan itu. Datuk Sosilawati yang mengasaskan produk kosmetik Nouvelle Visages, dikhabarkan mempunyai kekayaan RM100 jutamasih lagi belum ditemui sejak 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika sidang media semasa lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sempena persaraannya, di Shah Alam, semalam,
"Kita ada maklumat-maklumat tertentu. InsyaAllah kita akan dapat jumpa mereka ...kita ada maklumat."
"Buat masa ini kita sedang mencari orang yang nak berjumpa dengan dia (Sosilawati), yang dipercayai seorang peguam yang mengatakan nak menjalankan kontrak penjualan hartanah,"



Menurut Tan Sri Musa, tiada sebarang kesan mencurigakan pada kereta Datuk Sosilawati yang telah ditemui di Subang Jaya. Datuk Sosilawati gagal dihubungi oleh keluarga setelah pergi ke Banting atas urusan jual beli tanah.

Suami Mek Wok Dapat Cuti Raya

Suami kepada Mek Wok, atau nama sebenar Mek Wook Kundur, 108 tahun, yang ditahan semula oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Besut diberi pelepasan mulai hari ini hingga 19 September sempena aidilfitri.



Mohd Nor, 38 tahun telah ditahan semula akibat ketagihan dadah. Mohd Nor dibebaskan sebelum ini pada 15 Julai yang lalu. Mohd. Nor akan dapat berhari raya bersama Mek Wok di rumah mereka di Kuala Berang.

Mohd. Noor yang ditemani Mek Wook berkata, dia begitu gembira kerana dapat menyambut hari raya dengan isterinya itu.

"Kami telah menyediakan pakaian sedondon berwarna merah untuk dipakai pada pagi hari raya nanti,” katanya.

Isnin, 6 September 2010

Kad Raya Daripada IdaLara

ehem... Pakcik dpt kad raya!!! bukan 1 tp 2..
Thanks pada Idalara bagi pakcik kad raya..





Sesapa nak kad raya amek je tp klik sini

Ahad, 5 September 2010

Award daripada tiefazatie... hohoho raya...


pakcik dpt award drpd tiefazatie... jadi kene la jawab soalan2 die nih.

Puasa penuh tak taun nie?

of coz la penuh. pakcik kan laki... hehe

Kalo saya mintak maaf, awak sudi maafkan??

bergantung.... hohoho

Kampung kat mana?

kelate...jemput la dtg..

Awak rasa blog saya ni comel tak? kasi sebab sikit.


jap2... wane pink.. herm... comel la. ekeke

Awak nak tag org, tag aje laa T____T

uiks, susah ni nak tag org.. nanti x special la.. huhu..
hehe, gurau je. kepada muslimin dan muslimat, anda dijemput amek.

Sabtu, 4 September 2010

Ciptaan Tuhan

Jumaat, 3 September 2010

AC Mizal Dapat Title Datuk

Tahniah pakcik ucapakan kepada AC Mizal kerana kini telah bergelar Datuk. Datuk AC Mizal. Pergh!! Gelaran Datuk itu dikurniakan oleh Sultan Pahang.



Mungkin kita tidak berapa nampak sumbangan AC Mizal sebagai artis sehingga layak mendapat anugerah gelaran ini, namun kita tidak sedar peranannya dalam perniagaan yang banyak membantu orang melayu menjadi kaya raya. Mungkin di atas peranannya itu, dia layak untuk gelaran ini.

Pakcik bangga kerana seorang lagi anak seni layak mendapat anugerah ini. Semoga beliau lebih berjaya.

P/s: harap2 isu kes nafkah tertunggak dua orang anaknya selesai secepat mungkin

TOL PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI

Berita baik untuk pengguna lebuh raya pada aidilfitri ini kerana dapat menggunakan laluan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 secara percuma sempena Aidilfitri ini. 24 syarikat konsesi lebuhraya yang lain juga turut memberi diskaun sehingga 40%.

Laluan tol percuma:

- Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
- Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1
7, 8, 15 dan 16/09/2010 depan mulai pukul 9 malam hingga 6 pagi kepada semua jenis kenderaan

Laluan diskaun tol:


- Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura: 20% diskaun kepada pengguna kenderaan ringan serta rebat tambahan 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8/09/2010 serta 13, 14 dan 15/09/2010.

- Lebuhraya Kulim Butterworth: Rebat tambahan 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8/09/2010 serta 13, 14 dan 15/09/2010.

- Lebuhraya Metramac: diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 10/09/2010 mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

- Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): diskaun 10% untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 10/09/2010 hingga 11.59 malam 12/09/2010.

- Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas): diskaun 10% untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 10/09/2010 hingga 11.59 malam 12/09/2010, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 9/09/2010 hingga 20 Sept.

- Lebuhraya Damansara Puchong (LDP): diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 10/09/2010 mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

- Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint): diskaun RM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 10/09/2010 mulai 12.01 tengah malam pagi hingga 12 tengah hari.

- Lebuhraya SMART: diskaun 15% untuk semua kelas kenderaan mulai 12 tengah malam 10/09/2010 hingga 12 tengah hari 11/09/2010

- Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10% untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 10/09/2010 hingga 6 pagi 11/09/2010.

- Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga): diskaun% untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 10/09/2010

- Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk): diskaun lima% untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 10/09/2010.

- Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru: diskaun 10% untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 9/09/2010 hingga 8 pagi 10/09/2010

- Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) : diskaun 10% untuk semua kelas kenderaan pada 10/09/2010 mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

- Lebuhraya Senai Desaru: diskaun 32% hingga 36% untuk kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 10/09/2010 hingga 12 tengah malam 11/09/2010.