sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Isnin, 20 September 2010

Kemalangan Maut di Jambatan Pulau Pinang

Berlaku satu kemalangan maut di atas jambatan Pulau Pinang yang meragut dua nyawa. Mangsa, sepasang suami isteri maut apabila kenderaan MPV yang dipandu oleh mangsa merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang.

Tiga lagi penumpang cedera dengan salah seorang penumpang tercampak ke dalam laut. Remaja 17 tahun itu tercampak ke laut, mujurlah remaja itu pandai berenang. Dia berenang ke tepi tiang jambatan dan diselamatkan oleh polis marin.

Mangsa yang maut ialah pemandu MPV itu Teh Boh Yi, 17, dari Sungai Rambai Bukit Mertajam dan isterinya Khor Lee Mui, 17, dari Mukim 8 Tanah Liat Bukit Mertajam, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada kira-kira pukul 1 pagi akibat kemalangan pada kira-kira pukul 11 malam.

Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan sejauh 5 kilometer dari tol jambatan itu. Menurut Ketua Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din, kemalangan maut itu dipercayai berlaku apabila MPV yang dipandu oleh Teh hilang kawalan semasa ia cuba memotong sebuah kenderaan.MPV itu kemudiannya terbabas ke pembahagi jalan sebelum dilanggar pula oleh sebuah lori membawa sayur, mengakibatkan ia merempuh besi selusur jambatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan