sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Jumaat, 22 Oktober 2010

Mati berebut alat kawalan jauh tv

Kerana berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 maut selepas tercetus pertengkaran dengan adiknya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt, Mohd Haris Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran masing-masing.

Seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu, kepada mangsa.


Serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan teruk. Mangsa kemudian disahkan meninggal ketika mendapatkan rawatan di Klinik Balok.

Khamis, 21 Oktober 2010

Jerebu, 80,282 murid diarah cuti


Ekoran kebakaran hutan di Sumatera, jerebu telah melanda 4 negeri di Malaysia setakat ini dan daerah Muar merupakan daerah yang terjejas paling teruk. Justeru, 80,282 murid dari 170 Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan 34 sekolah menengah di daerah ini diarah bercuti mulai hari ini apabila indek pencemaran udara (IPU) mencapai tahap merbahaya akibat jerebu. Seramai 6737 orang warga pendidik turut mendapat tempias apabila diarahkan bercuti sehingga keadaan kembali pulih. Namun pejabat sekolah akan tetap beroperasi seperti biasa.

Pegawai Daerah Muar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Jerebu daerah Muar, Mislan Karmani berkata, tahap IPU mencecah paras 432 mata, iaitu paras tertinggi dan diklasifikasikan sebagai merbahaya pada 11 pagi semalam sejak jerebu melanda daerah Muar, Isnin lalu. Pihaknya juga telah mengagihkan 10,000 penutup mulut dan hidung kepada sekolah-sekolah yang terlibat.

"Pembukaan semula sekolah ini bergantung kepada bacaan IPU yang akan dimaklumkan dari bilik gerakan daerah ini." katanya lagi.

Selasa, 19 Oktober 2010

Bayi lambat bercakap mungkin pekak


Bayi yang lambat bercakap mungkin mengalami masalah pendengaran. Justeru itu ibubapa dinasihatkan agar segera membawa bayi masing2 untuk menjalani ujian pendengaran jika bayi anda lambat bercakap.

Menurut Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, walaupun kebanyakan ibu bapa mengganggap lambat bercakap adalah perkara biasa terhadap sesetengah bayi, tidak semua bayi bernasib baik.

"Bayi yang lambat bercakap atau biasa disebut 'berat mulut' sebenarnya perlu diberi perhatian. Sepatutnya usia satu tahun sudah boleh mengeluarkan bunyi yang sepatutnya walaupun tidak jelas.

"Banyak dalam kalangan masyarakat anggap berat mulut perkara biasa dan apabila anak itu masuk usia tiga tahun tapi masih belum bercakap, ia boleh dianggap sudah terlewat dan kanak-kanak itu mungkin akan menjadi pekak dan seterusnya bisu kerana tidak pernah mendengar orang lain bercakap dan berkomunikasi," katanya.

Isnin, 18 Oktober 2010

Siti Kelembai


Baru2 ni pakcik ada menonton drama Siti Kelembai. Sebelum ini pakcik ingat cerita ni, cerita mengarut yang hampeh. Tapi lepas tengok cerita ni, jangkaan pakcik silap. Drama ni memang best. hehe...

Siti Kelembai ini akan ditayangkan setiap hari Isnin – Khamis jam 4.30 petang di TV3, bermula 20 September 2010. Rugi la pakcik tak tengok dari awal2.

Siti Kelembai dibarisi pelakon-pelakon yang hebat seperti Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof.





Sipnosis:

Sewaktu di dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala guru kelasnya sedang memberi pengajaran di hadapan, fikiran Siti Ratna akan melayang-layang entah ke mana dan seolah-olah dirinya berada di alam lain.

Pada zahirnya, Siti Ratna dianugerahkan rupa paras yang cantik warisan ibundanya, namun, kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang sangat selekeh dan tidak pandai menjaga penampilannya.

Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun.

Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.

Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai.


Sabtu, 16 Oktober 2010

Kandungan Bajet 2011



Bajet 2011 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
* Menubuhkan “Talent Corporation” di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.
* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.
* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.
* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.
* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
* Mewujudkan “Portal 1Malaysia Pengguna Bijak”.
* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
* Melancarkan Dana Pencen Swasta.
* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Rabu, 13 Oktober 2010

Proton Waja Baru @ Proton Inspira


Proton bakal melancarkan model baru sebagai pengganti kepada Proton Waja, yang diuar-uarkan akan dikenali sebagai Proton Inspira.

Model terkini proton ini atau Inspira dilengkapi dengan teknologi terkini, badan yang lebih mantap dan tegap, dan rupa yang lebih elegan ini dilengkapi dengan teknologi Mitsubishi.

Proton Inspira yang mempunyai rupa ala-ala Lancer ini diharap dapat menarik minat rakyat Malaysia dan mengekalkan Proton sebagai jenama peneraju industri otomotif tempatan.

Keputusan Piala Malaysia 2010


Keputusan suku akhir Piala Malaysia 2010..

N.Sembilan VS Perlis 1-0
Terengganu VS Kedah 2-2
Johor Fc VS Pahang 1-0
Selangor VS Kelantan 0-0

Bagaimana Rokok Dihasilkan


Jom pakat usyar cara rokok dihasilkan~~

Khamis, 7 Oktober 2010

Raja Azura Bercerai Talak 1


Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku telah bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu. Mereka cuba menyelamatkan perkahwinan dengan menghadiri kaunseling namun gagal dan bercerai dengan talak 1. Terdahulu, Kak Engku sebelum ini menafikan bahawa mereka telah bercerai. Takziah pakcik ucapkan.

Raja Azura dan suami telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4. Pakcik harap anak-anak mereka kelak tidak menjadi mangsa keadaan dan kekurangan kasih sayang.

Walaupun telah bercerai, Kak Engku bijak serta tabah menerima suratan takdir. Apabila pakcik mendengar Sinar Pagi di Sinar fm setiap hari, Kak Engku kedengaran ceria seperti tidak terjangka oleh pakcik bahawa Kak Engku menghadapi masalah.

Diharap Kak Engku akan terus tabah demi masa depannya dan anak-anak.

Rabu, 6 Oktober 2010

Keretapi Bukit Bendera Beroperasi Semula


Bestnye pakcik rasa bila Kereta api Bukit Bendera dijangka akan beroperasi semula awal tahun depan. Keretapi itu akan dilengkapi dengan koc baru yang lebih selesa.

Menurut Datuk Lee Kah Choon, perkhidmatan tersebut sedang dipertingkatkan lagi tarafnya.

Beliau berkata, perkhidmatan tersebut kini sedang dinaik taraf. Perkhidmatan kereta api berkabel ini yang berusia 87 tahun dihentikan operasinya pada 22 Februari lalu untuk kerja-kerja naik taraf oleh Kementerian Pelancongan dengan kos RM63 juta.

"Penggunaan koc baru akan membolehkan pengguna terus ke puncak bukit tanpa perlu berhenti di stesen di tengah laluan seperti sebelum ini,” Kah Choon.