sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Selasa, 21 September 2010

Profil Erni Dekritawati



Setelah pemergian ibunya, kini anak sulung kepada Datuk Sosilawati, Erni Dekritawati berazam meneruskan empayar perniagaan Allahyarham ibunya. Erni kini mengambil alih tugas ibunya dengan menjawat jawatan sebagai Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd yang baru.


Memang ramai yang memperkecilkan kebolehan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati ini namun tidak ramai yang sedar bahawa Erni sejak awal lagi telah didedahkan dan perturunkan ilmu selok belok perniagaan oleh ibunya.



Profil Erni Dekritawati

NAMA: Erni Dekritawati Yuliana Buhari
JAWATAN KINI: Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, United Kingdom
UMUR: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ADIK BERADIK: Sulung daripada enam beradik

INFO LAIN TENTANG ERNI DEKRITAWATI

-Erni Dekritawati atau lebih senang dikenali sebagai Rita mendapat didikan perniagaan sejak di bangku sekolah lagi apabila ibunya sering membawa Rita ke pejabat.

-“Saya diajar membuka bil, cara menarik pelanggan dan melayani pelanggan yang datang membeli produk. Setiap kali cuti sekolah, saya tidak berpeluang pergi bercuti seperti rakan lain, sebaliknya wajib datang ke pejabat seperti orang bekerja iaitu pergi pagi balik petang."

-Mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.

-Menurut Rita, dia pernah meminta kebenaran ibunya untuk mencari pengalaman kerja di United Kingdom selepas tamat pengajian kerana penuntut asing mempunyai dua tahun visa untuk kerja. Bagaimanapun tidak diizinkan ibu.

Isnin, 20 September 2010

DNA dalam kes bunuh Datuk Sosilawati

Jabatan Kimia memerlukan lebih masa untuk mengenai pasti profil DNA dalam kes bunuh Datuk Sosilawati.

Menurut N. Hithaya Jeevan, Ketua Pengarah Jabatan Kimia, Pengunaan analisis DNA dalam mengenalpasti mangsa dalam sesuatu kes jenayah kadangkala menghadapi kesukaran dari segi pengesahan identiti mangsa. Kesukaran ini juga didapati di dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati. Contoh kesukaran yang didapati ialah tempoh masa yang diperlukan untuk menjalankan profiling DNA ke atas bukti-bukti yang ditemui di lokasi kejadian.

“Kita menjangkakan profil DNA (kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya)itu akan disiapkan dalam masa terdekat ini.

“Bagaimanapun kita tidak boleh meletakkan tempoh tertentu untuk menyerahkan profil DNA terbabit kepada polis.

“Jangka masa profil (DNA) untuk disiapkan bergantung kepada berapa banyak bahan bukti serta penemuan yang ditemui dilokasi kejadian."

Kemalangan Maut di Jambatan Pulau Pinang

Berlaku satu kemalangan maut di atas jambatan Pulau Pinang yang meragut dua nyawa. Mangsa, sepasang suami isteri maut apabila kenderaan MPV yang dipandu oleh mangsa merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang.

Tiga lagi penumpang cedera dengan salah seorang penumpang tercampak ke dalam laut. Remaja 17 tahun itu tercampak ke laut, mujurlah remaja itu pandai berenang. Dia berenang ke tepi tiang jambatan dan diselamatkan oleh polis marin.

Mangsa yang maut ialah pemandu MPV itu Teh Boh Yi, 17, dari Sungai Rambai Bukit Mertajam dan isterinya Khor Lee Mui, 17, dari Mukim 8 Tanah Liat Bukit Mertajam, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada kira-kira pukul 1 pagi akibat kemalangan pada kira-kira pukul 11 malam.

Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan sejauh 5 kilometer dari tol jambatan itu. Menurut Ketua Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din, kemalangan maut itu dipercayai berlaku apabila MPV yang dipandu oleh Teh hilang kawalan semasa ia cuba memotong sebuah kenderaan.MPV itu kemudiannya terbabas ke pembahagi jalan sebelum dilanggar pula oleh sebuah lori membawa sayur, mengakibatkan ia merempuh besi selusur jambatan.

Sabtu, 18 September 2010

Alahai "Datuk" Pathmanabhan


Tergelak sinis pakcik bila mendapat tau yang penjenayah kes bunuh Datuk Sosilawati, Pathmanabhan bukan Datuk seperti yang diuar-uarkan. Rupa-rupanya si Pathmanabhan suka suki dia je guna gelaran datuk. Kemaruk sangat dia tu. Hahaha gelak sakan pakcik. Sebab pakcik ada juga terfikir, takkan lah ada negeri yang mengurniakan gelaran macam tu kepada orang yang bolehlah dikategorikan dalam golongan haiwan.

M Rajoli meninggal Dunia


Al Fatihah buat allahyarham M Rajoli atau nama sebenar Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, kerana meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam tadi akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.
"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok."

Takziah pakcik ucapkan buat seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai.

Al-Fatihah.....

Jumaat, 17 September 2010

Datuk Siti Mengandung?


Datuk Siti Nurhaliza mengandung? Pakcik pun taktau sebab pakcik bukan pakar sakit puan tapi ada khabar angin yang bertiup mengatakan Datuk Siti telah berbadan dua.
Berita ini tercetus ekoran pembatalan konsert Datuk Siti Nurhaliza di Pulau Pinang pada 25 September 2010. Pembatalan konsert itu dibuat oleh Datuk Siti Nurhaliza adalah atas nasihat daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Pusat perubatan itu menyatakan Datuk Siti tidak dibenarkan melakukan perjalanan jauh atau sebarang aktiviti fizikal. Tepukan gemuruh kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana beliau merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab. Beliau dikatakan akan memulangkan bayaran konsert yang diterima dan bertanggungjawab atas segala kerugian yang ditanggung pihak penganjur.
p/s: Datuk K khabarnya nafi Siti mengandung.

Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Malaysia!!!



Selamat hari Malaysia untuk semua warga Malaysia...

Rabu, 15 September 2010

Norman Hutang Abby Duit Hantaran


Kelakar pun ada bila timbul isu Norman masih hutang Abby diut hantaran masa kawin dulu.
Yelah kan, Norman baru je bertunang dengan Memey. "member" tu tengah sibuk seluk poket nak bayar hantaran memey, rupanya duit hantaran untuk bekas isteri pun belum selesai lagi. Bukan sikit punya nilai, tapi RM11,111.11. Banyak tu.... Abby pun kene menjaga dan membesarkan 3 orang anak mereka. Nasihat pakcik pada Norman, kalau ada hutang tu, bayarlah dulu. kasihan pada bekas isteri anda. Pada Memey, make sure Norman bayar dulu duit hantaran baru boleh kawin.

Selasa, 14 September 2010

Datuk Sosilawati akan dikebumi di kampung

Adik ipar Datuk Sosilawati, Misjan Jamikan, 48, berkata, keluarga arwah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, berhasrat untuk mengebumikan usahawan kosmetik itu di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan.

"Saya mahu arwah disemadikan dengan sempurna dan kematian itu perlu ada tanda (kubur) agar kami boleh menziarahinya.

"Anak-anak Sosilawati perlu ke hospital untuk mendapatkan tulang-tulang atau apa saja untuk dibawa balik dan saya akan uruskan yang lain di kampung ini."

Norman dan Memey Bertunang


Alhamdulillah, syukur kerana akhirnya Norman Hakim dan Memey selamat bertunang semalam. Pelakon Norman Hakim, 34, atau nama sebenar beliau Mohamed Norhakim Zaidon, dengan Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey, 22, selamat melangsungkan pertunangan di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 dekat sini semalam. Pada majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu, rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran. Spekulasi hubungan cinta mereka akhirnya disahkan dengan pertunangan ini. Pakcik berharap agar mereka cepat-cepat berkahwin dan pada Norman, jangan nakal-nakal lagi ye...