Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai. Pakcik pun tidak tahu betul atau tidak dakwaan Nurul Izzah sebab setahu pakcik, takkanlah pihak kerajaan akan menggadaikan keselamatan perairan negara dengan membeli besi buruk. Sebab rata-rata kita tau yang kapal selam negara menyelam dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar, Sabah.
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai itu dan menyifatkan Nurul Izzah sebagai penderhaka kepada negara. “Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.
"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."
Berita baik untuk penjawat awam di Pulau Pinang kerana bakal mendapat bonus raya ini. Bonus raya RM400 akan diberi pada 3 September 2010. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bonus ini diberi dan menunjukkan kerajaan negeri menghargai perkhidmatan awam di Pulau Pinang. Tahniah la pakcik ucapkan pada kakitangan awam Pulau Pinang. Pakcik kojo swasta memang kompom takdok bonus. Apapun, rezeki masing-masing....
Pelakon Benjy kini boleh menghela nafas lega kerana telah dibebaskan dari tuduhan dadah. Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim yang juga merupakan anak kepada eniwati Azean Irdawty itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya pada 15 Mac lepas. Namun Benjy masih perlu melalui dua pertuduhan yang lain.
Benjy, 32, kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar,Johor, selama dua tahun. Dua lagi pertuduhan terhadap Benjy ialah memiliki dadah jenis sama sebanyak 0.24 gram di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah itu di alamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada 3 petang hari yang sama.
Pemain badminton negara, Roslin Hashim bercerai lagi utk kali kedua.. ai... takde jodoh la tu.. Rata2 kita masih ingat kisah perkahwinan pertama Roslin yang hanya mampu bertahan 12 hari.. Kini perkahwinan kedua juga tidak kekal lama, Roslin cerai lagi..
Roslin Hashim telah berkahwin kali kedua dengan Norhayati Othman, 38 tahun, Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional. Hanya mampu bertahan lebih kurang sebulan, Roslin memfailkan penceraiannya.
Lagu raya memang tidak dapat diasingkan tiap kali menyambut hari raya aidilfitri. Walaupun awal lagi, tapi biar kita pasang lagu raya jugak. yeah!! Lagu Raya dari Allahyarham Sudirman
Kadar zakat fitrah? Perkara yang penting pada kita ialah menunaikan zakat fitrah. Adakah kita sudah menjelaskan zakat fitrah kita? Di sini pakcik kongsikan maklumat mengenai zakat fitrah dan kadar zakat fitrah walaupun ramai yang telah mengetahuinya.
Kadar fitrah ialah satu gantang beras bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah bagi setiap negeri Negeri.
Kadar zakat fitrah mengikut negeri:
Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM) Perlis RM6.00 Kedah RM7.00 Pulau Pinang RM7.00 Perak RM7.00 Selangor RM7.00 Negeri Sembilan RM6.50 Melaka RM6.50 Johor RM5.00 / 7.50 * Pahang RM7.00 Terengganu RM5.00 / 7.00 / 8.00* Kelantan RM7.00 Sarawak RM5.20 Sabah RM6.80 Wilayah Persekutuan RM7.00
*Mengikut jenis beras
Waktu membayar zakat
WAKTU WAJIB Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
WAKTU YANG PALING AFDHAL Sebelum sembahyang Hari Raya
WAKTU SUNAT Sepanjang bulan Ramadhan
WAKTU MAKRUH Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
WAKTU HARAM Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Resident Evil Afterlife, cerita yang ditunggu ramai oleh peminat2 resident evil. Pakcik pun tunggu gak citer Resident Evil Afterlife ni. Jom kite tengok preview cite..
Wow, lagi best rupenye Resident Evil Afterlife ni dalam bentuk 3D, menambahkan keterujaan pakcik. hehe..
Tarikh tayangan : 09.09.10 Pengarah : Paul W.S Anderson Pelakon : Milla Jovovich, Ali Larter, Wentworth Miller, Sienna Guillory
Dalam filem terbaru ini juga ditampilkan ramai watak yang sebelum ini hanya muncul di dalam game:Chris Redfield, Jill Valentine.
Jadi lepas raya nanti pakat2 kite gi tengok Resident Evil : Afterlife in 3D.
Epilog Syurga Cinta Epilog Syurga Cinta merupakan satu lagi drama yang meletup ketika ini.
Masa tayangan : 6.30 ptg (Isnin - Khamis) Epilog syurga cinta memang sebuah drama 28 episod yang sangat menarik dan wajib tonton... so, marilah kita balik kerja awal demi menonton cite ni. hehe
Cinta Kirana, sinetron baru yang kian meningkat naik ratingnya. Cerita ni ditayangkan kat Astro Ria jam 6.30 hingga 7.30 mlm. Dari hari Selasa sampai Jumaat. Kat sini pakcik papar maklumat detail cerita Cinta Kirana. Masa tayangan : 6.30 7.30 mlm Hari : Selasa - Jumaat Lagu tema : Dia Milikku (Yovie Nuno) Sipnosis : Kirana adalah gadis berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya, Sita. Suatu hari Saat sedang mengantarkan Koran pada pelanggannya, Kirana tertabrak mobil yang dikemudikan Galang. Karena Galang malah menertawakannya, Kirana kehilangan emosi dan menampar Galang.
Saat tau kejadian yang menimpa neneknya, Kirana marah besar. Kirana mendatangi rumah Rama dan melabraknya. Rama lalu ikut dengan Kirana ke RS untuk mengurus segala hal. Betapa terkejutnya Rama saat melihat Sita. Ternyata Rama dan Sita dulunya adalah sepasang kekasih yang terpisah karena keadaan.
Rama yang menyukai Kirana berniat menjodohkan Kirana dengan Galang. Rama berjanji pada Sita untuk menyatukan kedua cucu mereka itu.
Sementara itu Riana diminta oleh Sandra, ibunya, untuk secepatnya meresmikan hubungannya dengan Galang. Riana dan Ibunya mempunyai niat jelek untuk memanfaatkan harta Galang, supaya mereka dapat hidup senang.
Walaupun tahu Galang sudah mempunyai pilihan Hati, Rama tetap memintanya bertemu dengan Kirana. Galang akhirnya bersedia. Kirana yang juga dipaksa oleh neneknya, akhirnya mau menemui Galang. Tapi pertemuan mereka selalu berujung dengan keributan, sampai akhirnya Rama yang melihat mereka bertengkar memberitahu kalau Galang dan Kirana sudah dipertunangkan. Galang dan Kirana sama sama terkejut.
Kirana yang pusing curhat pada Baim. Baim yang memang mencintai Kirana, mengajak Kirana kabur.
Peristiwa demi peristiwa yang dihadapi Kirana dan Galang membuat mereka dekat, dan tanpa mereka sadari, benih benih cinta mulai muncul dihati mereka.
Saat hubungan Kirana dan Galang mulai membaik, terjadi sebuah kecelakaan. Galang yang harus melakukan pekerjaan ke luar kota, mengalami kecelakaan dan dinyatakan meninggal, Karena semua orang menganggap Galang sudah meninggal, usaha keluarga Kakek mengalami kebangkrutan, Kirana berusaha menenangkan Kakek dan nenek Galang dan berjanji akan menjadi penopang keluarga. Melihat semua usaha Kirana, Kakek dan Nenek terharu.
Kirana lalu mencari pekerjaan, mulai dengan narik bajaj sampai jadi tukang cuci piring di sebuah restoran namun tak satupun yg sukses. Semua gagal karena kecerobohannya.
Kirana yang putus asa lalu menemui salah seorang teman Galang untuk minta kerjaan. Teman Galang itu lalu memperkenalkannya pada seorang Pria bernama Evandra. Evandra pemilik penerbitan kecil yg tak menerima karyawan perempuan akibat membenci perempuan. Semakin mengenal Kirana Kebencian Evandra terhadap wanita juga perlahan-lahan menghilang setelah ia merasa menyukai Kirana. Sayangnya semua tahu bahwa Kirana sangat setia dan masih menunggu Galang.
Suatu hari saat sedang bekerja, Kirana bertemu dengan seseorang yang sangat mirip dengan Galang, tapi dia tidak mengenali Kirana dan mengatakan bahwa namanya adalah Mischa, dan dia adalah tunangan seorang Wanita bernama Renata.
Mischa sebetulnya adalah Galang namun karena Tidak tega meninggalkan Renata yang sudah menolongnya, dia rela mengambil jati diri Mischa yang sebenarnya adalah Adik kembarnya. Galang terus berakting sebagai Mischa untuk Renata. Namun tanpa sepengetahuan Renata, Galang suka diam-diam mendatangi rumahnya hanya untuk memandang wajah Nenek, Kakek atau Kirana. Galang bahagia karena Kirana menjaga keluarganya namun juga hancur karena tak bisa mengembalikan cintanya untuk Kirana. Pelakon : Nia Ramadhani as Kirana Randy Pangalila as Galang Kiky Farell as Baim Marwa Tsania as Riana Yatty Surachman as Nenek Sita Arthur Tobing as Kakek Rama Erly Ashy as Nenek Aida Emma Waroka as Sandra
Istimewa untuk warga Langkawi sempena Ramadhan ini kerana Underwater World Langkawi menyediakan harga tiket promosi. Dengan menunjukkan Mykad di kaunter tiket, warga Langkawi akan mendapat harga yang istimewa.
Tempoh promosi : 11 Ogos - 9 September 2010 Harga tiket : Kanak-kanak RM5 (biasa RM18) Harga tiket : Dewasa RM10 (biasa RM28)
Harga promosi ini hanya untuk warga Langkawi sahaja