sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Ahad, 8 Ogos 2010

Maizawati kini bahagia


Tahniah pakcik ucapakn kepada Maizawati kerana selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Yassin Rahim yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah.
Walaupun berbeza jarak umur 12 tahun, Maizawati 35 dan Yassin 23, namun pasangan ini saling memahami saling melengkapi.
Bekas isteri kepada bekas penyanyi rock Akhil Hayy ini menyifatkan perkahwinan ketiga ini sebagai yang paling bermakna dan berharap ini merupakan yang terakhir utknya.
Sama2lah kita mendoakan agar Maizawati dan Mohd Yassin berbahagia hingga ke akhirnya. Amin…

Gay Berjaya atasi Bolt


Kejohanan Berlian – Jaguh pecut Usin Bolt telah diatasi oleh jaguh pecut amerika syarikat, Tyson Gay.
Bolt, pemegang rekod dunia 9.58 saat, hanya mampu mencatat 9.97saat untuk menempa tempat kedua dibelakang Gay, 9.84 saat.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Chelsea perlu ditumbangkan - United


Alex Ferguson mengatakan Chelsea merupakan ancaman besar kepada United dan perlu ditumbangkan jika ingin mengungguli Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Chelsea yang telah merampas tahta juara EPL daripada Manchester United dilihat berpeluang untuk terus mempertahankan gelaran.

Kencing Tikus - 5 lagi mangsa terbaru


Penyakit kencing tikus atau leptospirosis menambah 5 lagi mangsa di Kedah menjadikan 11 kes setakat ini.
Terdahulu, penyakit kencing tikus ini telah meragut 6 nyawa di Lubuk Yu, Maran. Semua mangsa dijangkiti penyakit itu selepas menyertai Operasi menyelamat.

Anna Chapman - Perisik Seksi





Andai ada anugerah perisik paling seksi, pakcik rasa perisik dari Russia ini layak untuk anugerah itu.

Anna Chapman, 28 tahun, mempunyai bentuk tubuh menggoda dan wajah jelita, menggunakan "keistimewaannya" untuk mendapatkan maklumat sulit AS daripada pegawai-pegawai tinggi AS.

Baru-baru ini pakcik ada menonton SALT, rasanya filem ini ada ala-ala kisah si perisik ni.

p/s: wanita cantik bahaya

Jumaat, 6 Ogos 2010

1 Malaysia - Lagu Tema Kemerdekaan 2010


1 Malaysia telah dipilih sebagai lagu tema kemerdekaan 2010. Tema bagi hari kebangsaan 2010 ialah 1 Malaysia Menjana Transormasi.
Lagu tema kemerdekaan 2010 ini merupakan sebuah lagu yang bersemangat bersesuaian dgn Gagasan 1 Malaysia yang diasaskan oleh Perdana Menteri kita.
Video lagu rasmi kemerdekaan 2010 ini disertakan dengan logo dan senikata, jadi boleh lah kita semua menyanyikannya bersama2.

Semoga lagu ini dapat meningkatkan semangat 1 Malaysia dalam diri kita semua.

Khamis, 5 Ogos 2010

Aksi 18sg - Jangan tiru!!

Ni bukan aksi 18sx, tapi aksi terlampau yang boleh membawa padah cukup kejam jika ditiru.

Rabu, 4 Ogos 2010

Interesting place in Kuala Lumpur - Jom jalan di KL









Untuk memenuhi permintaan seorang kawan blogger dari luar, pakcik review sikit tempat yang menarik di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur memang banyak tempat yang menarik. Antara tempat yang wajib dilawati aialah KL Tower, KLCC, Putrajaya,Dataran Merdeka, Bukit Tunku, Tasik Perdana, Mid Valley Megamall dan I-City di Shah Alam.

walaupun ada org cakap "KL ni bukan besar mana", namun untuk melawat tempat2 menarik di KL memang tidak cukup seminggu.

Mak Khairuddin - video apa?



Sekarang ni ramai org memperkatakan fasal video mak khairuddin, mak kiut, mak sempoi dan mcm2 lagi.

So pakcik pun try la bukak dlm youtube. Pergh... betul la sempoi emak ni. hits dia punye video. siap ada 3 siri lagi.

Buat2 pesanan utk anak dlm youtube lagi. hehe. lepas tu pakcik pun fikir mcm apa yg org lain fikir, sapa khairuddin ni?

Jika pelajar sekolah dibenar berkahwin, selesaikah masalah pembuangan bayi?

Dulu sekolah ibu mengandung, kini kerajaan negeri Melaka menggalakkan pula ibubapa membenarkan pelaja2 sekolah berkahwin demi mengelakkan gejala buang bayi.

Saranan itu turut "direstui' Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan memberi kebenaran nikah kepada pelajar lelaki bawah 18 tahun, pelajar perempuan pula bawah 16 tahun.

"kalau ada pelajar tidak boleh tahan, tolong jangan berzina, minta kebenaran jumpa mufti, kita akan benarkan" kata Ali Rustam.

Pendapat pakcik pula, perkahwinan usia muda, dengan nafkah yang masih ditanggung ibubapa, kelak boleh mengundang masalah lain pula.