sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Ahad, 22 Ogos 2010

Pelajar Tadika Maut Stor Mercun Meletup

Seorang kanak-kanak maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini kira-kira jam 12.30 tengahari tadi. Pelajar Taman didikan Kanak-kanak (tadika) Kampung Losong Atap Zin, Terengganu, Khairul Arif Ayob, 6 tahun telah tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok dalam letupan itu.

Menurut seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.Menurutnya lagi, kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.

Bahaya bermain mercun ini memang semua orang dah tau. Harap kegiatan ini dapat dihentikan agar tiada lagi nyawa terkorban sia2.

3 ulasan:

  1. xde keje cari keje....kan da dpt hasilnya..
    huhu...nk maen pon agak2 la..

    BalasPadam
  2. Ya Allah ... mudah mudahan ini menjadi hikmah bagi para pembuat mercun akan bahayanya.. :) Peace

    BalasPadam
  3. aduhai.. diorang yang seludup masuk mercun ni semua tak fikir ke benda camni. plz lah.. jangan buat korban mercun ni ada..

    ade je dah dengar kisah mati dgn mercun ni setiap tahun.. uhh!

    betul la mmg dh ajal.. tapi seolah-olah mencari ajal lak dgn mercun ni.

    BalasPadam