
Seringkali bila tiba musim perayaan, cakap tentang balik kampung, servis kenderaan menjadi satu kewajipan dan yang menggembirakan, para pengeluar kenderaan ada menyediakan diskaun servis kereta.

Bayangkan jika kenderaan yang tidak diservis, tiba-tiba buat hal di lebuhraya, alamatnya lambat lah sampai.
Proton memberi diskaun 50 peratus untuk upah tenaga kerja sempena hari raya ini. Promosi diskaun ini bermula Selasa lepas hingga 1 Syawal ini.
Honda pula memberi diskaun untuk kenderaan honda yang diservis dari 1 Julai hingga 30 September.
Hyundai pula mengadakan promosi dari Jumaat yang lalu hingga 1 Syawal.
Justeru, pakcik harap para pemilik kenderaan mengambil kesempatan menyelenggara kenderaan mereka.
"BIAR MURAH, TAPI SELAMAT"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan