sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Memaparkan catatan dengan label korban mercun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label korban mercun. Papar semua catatan

Selasa, 24 Ogos 2010

Bapa mangsa mercun direman

Bapa kepada kanak2 yang maut akibat letupan stor mercun ditahan reman hari ini. Ayub Abd Rahman, 29, ditahan reman 3 hari untuk membantu siasatan. Perintah itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Mohd Erman Che Mat.

Imbas kembali dalam kejadian letupan stor mercun itu, kejadian kelmarin itu telah menyebabkan anaknya, Khairul Arif maut dan mayatnya tersangkut di atas pokok setinggi 15 meter. Dua mangsa lain ialah Modh Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29. Kedua-dua mangsa masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HNSZ).

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda tidak lebih RM10,000.

Ahad, 22 Ogos 2010

Pelajar Tadika Maut Stor Mercun Meletup

Seorang kanak-kanak maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini kira-kira jam 12.30 tengahari tadi. Pelajar Taman didikan Kanak-kanak (tadika) Kampung Losong Atap Zin, Terengganu, Khairul Arif Ayob, 6 tahun telah tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok dalam letupan itu.

Menurut seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.Menurutnya lagi, kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.

Bahaya bermain mercun ini memang semua orang dah tau. Harap kegiatan ini dapat dihentikan agar tiada lagi nyawa terkorban sia2.