sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Isnin, 4 Oktober 2010

Siasatan kes bunuh Sosilawati masih belum siap

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, kertas siasatan kes pembunuhan usahawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya akan siap tidak lama lagi. Kertas siasatan itu dijangka akan dihantar bersama keputusan ujian DNA.

Datuk Seri Mohd Bakri Zini memperingatkan orang ramai terutama pihak media agar menunggu keputusan siasatan dari pihak polis dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Imbas kembali, pihak polis telah menghantar kertas siasatan kes itu kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 Sept yang lalu tetapi dikembalikan semula keesokan harinya untuk dilengkapkan.

Ahad, 3 Oktober 2010

Tun Dr Mahathir Mohamad Masuk Hospital


Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana Menteri kita dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, untuk mendapatkan rawatan jangkitan kuman di dada.

Tun diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Melbourne Khamis lalu bagi berucap di seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne.

Sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4 itu.

Ahad, 26 September 2010

Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun


Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama Malaysia apabila muncul sebagai juara Terbuka Jepun. Lee Chong Wei berjaya menewaskan musuh ketatnya Lin Dan, pemain China dalam aksi final.

Datuk Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan dalam masa 81 minit dan menang dengan mata 22-20, 16-21, 21-17.

Tarikh 10.10.10

Tarikh 10.10.10. Jatuh pada hari Ahad = hari cuti hujung minggu. Apa yang pakcik tau, pakcik akan mengalami kesibukan melampau dengan perut yang kenyang. Hehehe....

Ramai yang akan mengabadikan tarikh yang "susah nak dapat ni" dengan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka.

Ada yang dgn azam baru, ada nak beli kete baru, ada yang nak bertunang... Dan ramai rakan2 pakcik memilih tarikh tu untuk kahwin... Yahoooo.... nasik minyak lagi.

Pakcik pun dah taktau rumah sapa pakcik nak pegi dulu, rumah sapa kemudian dan rumah sapa pakcik makan bnyk, rumah sapa sikit. Bila dah 5 rumah hantar jemputan, pakcik kene la dtg semua...

Korang ada plan pape ke masa 10.10.10??

Khamis, 23 September 2010

Badrul Muhayat Bercerai jua...



Setelah pelbagai spekulasi dibuat, akhirnya pelakon serta model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani bercerai dengan isterinya, Julia Daud. Badrul telah menjatuhkan talak satu ke atas Julia.Julai yang bekerja sebagai pengurus acara dan penari sambilan itu menanggung dua orang anak, Siti Batrisyia, 3, dan Badrul Hidayat, 7 bulan. Julia merancang memulakan hidup baru dengan berpindah dan mencari pekerjaan yang lebih baik. Pakcik doakan agar Julia tabah dan berjaya dalam hidup.

Shahir AF8 Kemalangan Jalanraya



Isnin lalu, Shahir AF8 telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hurm... Shahir selamat cuma mengalami sedikit bengkak di kepalanya. Namun kemalangan itu telah menyebabkan kereta baru Shahir AF8 yang baru dibeli, Nissan Fairlady warna putih remuk teruk setelah berpusing 5 kali di atas jalan dan merempuh besi penghadang tepi jalan.




Kemalangan yang berlaku di Tapah, Perak itu berpunca daripada air hujan yang bertakung ditepi lebuhraya dan menyebabkan Shahir gagal mengawal kereta. Kereta Shahir AF8 berpusing lima kali sebelum merempuh besi penghalang di tepi jalan. Syukur, nasib baik kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain, atau keadaan akan menjadi lebih buruk.

Suspek kes Sosilawati jalani ujian DNA

Lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dipercayai bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Turut dibawa menjalani ujian itu ialah tiga individu lain.

Imbas kembali, Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Kesemua mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Suspek-suspek dan tiga individu itu tiba di perkarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu kira-kira pukul 3 petang menaiki sebuah trak polis yang diiiringi dua buah kereta peronda polis. Mereka dibawa dari Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) itu dikawal ketat oleh pihak polis. Kesemua suspek dibawa pergi oleh pihak polis lebih kurang pada jam 5.

Selasa, 21 September 2010

Profil Erni Dekritawati



Setelah pemergian ibunya, kini anak sulung kepada Datuk Sosilawati, Erni Dekritawati berazam meneruskan empayar perniagaan Allahyarham ibunya. Erni kini mengambil alih tugas ibunya dengan menjawat jawatan sebagai Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd yang baru.


Memang ramai yang memperkecilkan kebolehan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati ini namun tidak ramai yang sedar bahawa Erni sejak awal lagi telah didedahkan dan perturunkan ilmu selok belok perniagaan oleh ibunya.



Profil Erni Dekritawati

NAMA: Erni Dekritawati Yuliana Buhari
JAWATAN KINI: Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, United Kingdom
UMUR: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ADIK BERADIK: Sulung daripada enam beradik

INFO LAIN TENTANG ERNI DEKRITAWATI

-Erni Dekritawati atau lebih senang dikenali sebagai Rita mendapat didikan perniagaan sejak di bangku sekolah lagi apabila ibunya sering membawa Rita ke pejabat.

-“Saya diajar membuka bil, cara menarik pelanggan dan melayani pelanggan yang datang membeli produk. Setiap kali cuti sekolah, saya tidak berpeluang pergi bercuti seperti rakan lain, sebaliknya wajib datang ke pejabat seperti orang bekerja iaitu pergi pagi balik petang."

-Mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.

-Menurut Rita, dia pernah meminta kebenaran ibunya untuk mencari pengalaman kerja di United Kingdom selepas tamat pengajian kerana penuntut asing mempunyai dua tahun visa untuk kerja. Bagaimanapun tidak diizinkan ibu.

Isnin, 20 September 2010

DNA dalam kes bunuh Datuk Sosilawati

Jabatan Kimia memerlukan lebih masa untuk mengenai pasti profil DNA dalam kes bunuh Datuk Sosilawati.

Menurut N. Hithaya Jeevan, Ketua Pengarah Jabatan Kimia, Pengunaan analisis DNA dalam mengenalpasti mangsa dalam sesuatu kes jenayah kadangkala menghadapi kesukaran dari segi pengesahan identiti mangsa. Kesukaran ini juga didapati di dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati. Contoh kesukaran yang didapati ialah tempoh masa yang diperlukan untuk menjalankan profiling DNA ke atas bukti-bukti yang ditemui di lokasi kejadian.

“Kita menjangkakan profil DNA (kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya)itu akan disiapkan dalam masa terdekat ini.

“Bagaimanapun kita tidak boleh meletakkan tempoh tertentu untuk menyerahkan profil DNA terbabit kepada polis.

“Jangka masa profil (DNA) untuk disiapkan bergantung kepada berapa banyak bahan bukti serta penemuan yang ditemui dilokasi kejadian."

Kemalangan Maut di Jambatan Pulau Pinang

Berlaku satu kemalangan maut di atas jambatan Pulau Pinang yang meragut dua nyawa. Mangsa, sepasang suami isteri maut apabila kenderaan MPV yang dipandu oleh mangsa merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang.

Tiga lagi penumpang cedera dengan salah seorang penumpang tercampak ke dalam laut. Remaja 17 tahun itu tercampak ke laut, mujurlah remaja itu pandai berenang. Dia berenang ke tepi tiang jambatan dan diselamatkan oleh polis marin.

Mangsa yang maut ialah pemandu MPV itu Teh Boh Yi, 17, dari Sungai Rambai Bukit Mertajam dan isterinya Khor Lee Mui, 17, dari Mukim 8 Tanah Liat Bukit Mertajam, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada kira-kira pukul 1 pagi akibat kemalangan pada kira-kira pukul 11 malam.

Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan sejauh 5 kilometer dari tol jambatan itu. Menurut Ketua Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din, kemalangan maut itu dipercayai berlaku apabila MPV yang dipandu oleh Teh hilang kawalan semasa ia cuba memotong sebuah kenderaan.MPV itu kemudiannya terbabas ke pembahagi jalan sebelum dilanggar pula oleh sebuah lori membawa sayur, mengakibatkan ia merempuh besi selusur jambatan.