Apa sudah jadi dengan dunia hari ini.. Seorang suami menetak isterinya hingga mati dan menyerang dua orang anak perempuannya.
Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Mawar, Langkap, Teluk Intan, Perak pada 5.15 pagi. Amukan suami itu berakhir pada jam 8.30 pagi apabila dia ditembak mati oleh anggota polis kerana menyerang pihak polis dengan parang.
Dalam kejadian itu, isterinya maut ditetak manakala anak perempuan putus dua batang jari dan seorang lagi tidak cedera.
Motif serangan masih tidak diketahui.
sila klik untuk kehidupan lebih bahagia
Ahad, 15 Ogos 2010
Sabtu, 14 Ogos 2010
Talian Remaja Hamil Melaka
Sekarang ni, hari2 ini kita dikejutkan dgn penemuan bayi2 yang dibuang oleh ibubapa masing2. Amat malang kerana sebahagian besar bayi yang ditemui, sudah tidak bernyawa lagi.
Justeru, kerajaan negeri Melaka mengambil tindakan menyediakan talian bebas tol untuk remaja hamil luar nikah. talian ni diwujudkan untuk menyediakan khidmat nasihat.
Remaja yang hamil luar nikah tidak perlu malu untuk menghubungi talian ini kerana segala maklumat adalah sulit dan dirahsiakan.
06-2333 333

Saksi utama kes Norman dan Memey
Saksi utama kes khalwat pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah memberi keterangan di mahkamah. Muhamad Yusri Abd. Razak, 55, seorang pereka dalaman mengaku bahawa dia yang membuat aduan perbuatan mungkar itu kepada JAIS.
Muhamad Yusri yang bekerja di pejabat bersebelahan pejabat Norman berkata ketika disoal Pendakwa Syarie,
"Selama 8 bulan, setiap hari saya melihat Memey membawa bantal dan tilam ke pejabat Norman"
"Bagaimanapun niat untuk membuat aduan tersebut saya abaikan disebabkan bekas isterin Norman, Abby Abadi sedang sarat mengandung ketika itu."
Muhamad Yusri berkata walaupun mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Norman, beliau sanggup datang memberi keterangan di makhamah setelah melihat banyak pembohongan selama ini.

Berita terkini - Wanita jelita kahwin 6
Tak tau la apa sudah jadi pada dunia sekarang..
Seorang wanita cantik telah bersuami 6 org dlm 1 masa demi mengaut harta sang suami.
Wanita licik ini berkenalan dengan mangsanya di iPod dan Facebook. Terpikat dengan kejelitaan serta kata2 manis daripada wanita itu, mangsa2 telah mengahwini si penipu dan tidak mendaftarkan perkahwinan atas permintaan wanita itu

Berita terkini, isu terbaru - Kesesakan luar biasa di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang
Kesesakan jalanraya merupakan 1 lumrah di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.
Kesesakan ini terjadi di waktu puncak iaitu pagi dan petang. Tapi apa yang pakcik alami semalam merupakan antara kesesakan luarbiasa. Kesemua jalan2 utama di Lembah Kelang mengalami kebanjiran kenderaan yang entah berapa kali ganda. Tempoh untuk ke satu2 destinasi mengambil masa yang begitu panjang. Bayangkan saja perjalanan pakcik dari tempat kerja di subang ke Cheras memekan masa 4 jam!! Nasib baik puasa jadi bertambah la kesabaran pakcik.. hehe

Jumaat, 13 Ogos 2010
Berita terkini, isu terbaru - Bung Mokhtar tidak dipenjara

Ahli Parlimen dari Sabah, Bung Mokhtar sungguh bertuah kerana tidak dipenjara dan hanya didenda RM1000. Sungguh bertuah nasib badan kerana didenda sebanyak itu sahaja.
Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam telah menerima rayuan Bung Mohktar agar tidak dipenjarakan.
Pakcik pun tumpang gembira untuk pasangan Bung Mokhtar dan Zizie Ezzatie kerana dapat menyambut ketibaan Syawal di kediaman sendiri, bukan di balik tirai besi seperti yang dijangkakan sebelum ini.
Kisah Bung Mokhtar dan Zizie bernikah tanpa izin ini harus dijadikan teladan buat kita. Sememangnya bagus bernikah namun eloklah kiranya dilakukan mengikut undang2 negara kita..
Khamis, 12 Ogos 2010
Berita terkini, isu terbaru – Pinjaman Wang Ramadhan Special
Apabila restoran dan hotel giat mempromosikan Buffet Ramadhan, syarikat pinjaman wang berlesen juga sibuk mempromosikan kempen pinjaman mereka.
Dorang sedar yang setiap kali bulan perayaan, rakyat memerlukan wang lebih untuk persiapan Aidilfitri, maka syarikat pinjaman ini "memancing" hati rakyat kita dengan memberi kadar faedah yang lebih rendah.
Yang sering terperangkap dgn situasi ini ialah kakitangan kerajaan. jadi marilah kita beringat. persiapan raya biarlah mengikut kemampuan. Janganlah kita berlebih lebihan...
Kelak selepas raya, peritnya jika dibeban hutang.

Berita terkini, isu terbaru – Jom berhenti merokok

“Bergaya, Nampak matang, release tension, nak berdiet, boleh kurus, suka-suka je” ayat biasa perokok.
Umum semua orang tahu yang merokok tidak ada kebaikan walaupun satu. Daripada kita kecil sampai la beso panjang mcm skrg, pakcik percaya kita telah lihat lebih daripada 20 kali berita yang memaparkan keburukan rokok. Itu belum lagi dikira kempen taknak merokok yang dijalankan oleh kerajaan.
BELANJAWAN : Perokok paling gelisah
Setiap kali belanjawan Negara dibentangkan, kita akan lihat ramai rakyat yang prihatin akan tekun menatap tv. Atau sibuk membeli akhbar untuk melihat berita terkini tentang belanjawan. Muka memasing punyelah risau, tapi bukan risaukan harga minyak naik,harga makanan naik, tapi cume merisaukan harga rokok yang dicium hari-hari.
ROKOK MAHAL : Biar tak makan, janji mulut berasap!!
Siapa kata langkah kerajaan menaikkan harga rokok boleh mengurangkan kadar perokok? Merokok merupakan 1 ketagihan, bukan suka-suka. Kalau rokok mahal, mereka beralih kepada rokok seludup, atau potong mana2 belanja bulanan untuk menampung belanja rokok.
Bahan kimia berbahaya dalam rokok
Nak jimat belanja untuk merokok? Mari pakcik ajarkan cara membuat rokok buatan sendiri. Di sini ada resepi turun temurun cara membuat rokok yang “kaw”.
Bahan-bahan / Ramuan
1 plastik asap kereta
2 sudu teh pencuci lantai
1 sudu kecil racun tikus
1 mangkuk raksa
2 ketul cadmium (bateri alkali)
3 ketul najis lembu kering
Campurkan semua bahan di atas didalam mangkuk besar
Kacau perlahan di bawah suhu 20 darjah
Gunakan wang kertas RM50 untuk membalutnya
Sila isap dan anda dah tak jauh dari signboard SELAMAT DTG KE ALAM BARZAKH
Jadi sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini, peluang untuk si perokok meninggalkan rokok teramatlah cerah. Mari kita katakan TAKNAK kepada rokok.
Rabu, 11 Ogos 2010
Kes bekas ADUN Mati Ditembak
Polis telah menyelesaikan kes kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Aziz Mohd Noor dan bekas pembantunya, Siti Rohana Ismat.Bekas Adun dan bekas pembantunya itu maut ditembak di kepala. Polis juga telah mengenal pasti siapa yang membunuh dan kemudian membunuh diri.
Datuk Aziz Mohd Noor dikatakan mempunyai hubungan dengan Siti Rohana namun dinafikan oleh keluarga kedua2 pihak.
Jadual Berbuka Puasa 2010
Jadual berbuka puasa 2010 untuk mendapatkan masa yang tepat daripada JAKIM untuk seluruh Malaysia. Dapatkan jadual berbuka puasa. Sila klik sini http://www.islam.gov.my/portal/puasa10.php
Langgan:
Catatan (Atom)