sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Isnin, 20 September 2010

DNA dalam kes bunuh Datuk Sosilawati

Jabatan Kimia memerlukan lebih masa untuk mengenai pasti profil DNA dalam kes bunuh Datuk Sosilawati.

Menurut N. Hithaya Jeevan, Ketua Pengarah Jabatan Kimia, Pengunaan analisis DNA dalam mengenalpasti mangsa dalam sesuatu kes jenayah kadangkala menghadapi kesukaran dari segi pengesahan identiti mangsa. Kesukaran ini juga didapati di dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati. Contoh kesukaran yang didapati ialah tempoh masa yang diperlukan untuk menjalankan profiling DNA ke atas bukti-bukti yang ditemui di lokasi kejadian.

“Kita menjangkakan profil DNA (kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya)itu akan disiapkan dalam masa terdekat ini.

“Bagaimanapun kita tidak boleh meletakkan tempoh tertentu untuk menyerahkan profil DNA terbabit kepada polis.

“Jangka masa profil (DNA) untuk disiapkan bergantung kepada berapa banyak bahan bukti serta penemuan yang ditemui dilokasi kejadian."

2 ulasan:

  1. mintak2.. dapat tau cepat!!! x sabar!!!

    BalasPadam
  2. Saya sangat senang dengan komen yang diberikan oleh penganalisis jenayah pertama di Asia, Kamal Afendi Hashim bahawa Dato Sosilawati menyumbang jasa sehingga ke saat akhir kematiannya. Dengan pembunuhan yang sangat kejam terhadap Dato sosilawati dan 3 rakannya, maka terbongkarlah keseluruhan Episod kejam pembunuhan yang berjaya ditutup sebelum ini. Pada pendapat saya, bukan hanya si pembunuh yang perlu dihukum, tetapi si penerima rasuah (jika ada) pun perlu dihukum. Kerana amalan rasuah lah yang merosakkan integriti sesebuah bangsa & negara sehingga menyumbang kepada kes-kes jenayah seperti ini. Wallahualam.
    (Takziah kepada keluarga Dato Sosilawati dan 3 Rakannya. Semoga Tabah & diberi kekuatan menghadapi dugaan Allah yang berat ini)

    BalasPadam