sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Jumaat, 20 Ogos 2010

Hotel sijil halal di Selangor

22 hotel di Selangor telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dengan pertambahan lima lagi hari ini, 19 Ogos 2010.

Hotel2 yang baru mendapat sijil halal itu ialah Hotel Concorde Shah Alam, Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Hotel Carlton Holiday Shah Alam, Hotel Grand Dorsett Subang Jaya dan Hotel Crystal Crown Klang.



Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman berkata, "Kami harap umat Islam lebih peka memilih hotel yang mempunyai sijil halal supaya tidak tertipu dengan pakej bufet Ramadan yang ditawarkan oleh hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal.”

Jadi eloklah kiranya kita mengunjungi hotel2 yang telah mensapat sijil halal sahaja demi mengelak syak wasangka.

1 ulasan: