sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Rabu, 6 Oktober 2010

Keretapi Bukit Bendera Beroperasi Semula


Bestnye pakcik rasa bila Kereta api Bukit Bendera dijangka akan beroperasi semula awal tahun depan. Keretapi itu akan dilengkapi dengan koc baru yang lebih selesa.

Menurut Datuk Lee Kah Choon, perkhidmatan tersebut sedang dipertingkatkan lagi tarafnya.

Beliau berkata, perkhidmatan tersebut kini sedang dinaik taraf. Perkhidmatan kereta api berkabel ini yang berusia 87 tahun dihentikan operasinya pada 22 Februari lalu untuk kerja-kerja naik taraf oleh Kementerian Pelancongan dengan kos RM63 juta.

"Penggunaan koc baru akan membolehkan pengguna terus ke puncak bukit tanpa perlu berhenti di stesen di tengah laluan seperti sebelum ini,” Kah Choon.

Isnin, 4 Oktober 2010

Harga Rokok Naik


Harga rokok naik 70sen berkuatkuasa hari ini. Kenaikan yang agak tinggi jika dibandingkan dengan kenaikan-kenaikan yang lalu. Justeru dengan kenaikan 70sen ini, sebungkus rokok yang berharga RM7.80 akan menjadi RM8.50 dan RM9.30 akan menjadi RM10.

Bagi pakcik yang tidak merokok, kenaikkan ini tidak membebankan apa2 pada pakcik. Tapi bagi perokok2 tegar, sendiri mau ingat. hehe.

Pakcik harap dengan kadar harga baru yang tinggi ini, akan menarik lebih ramai perokok akan meninggalkan tabiat merokok atau paling kurang, mengurangkan menghisap rokok.

Menjadi kerisauan pakcik juga apabila harga rokok naik, perokok bukan saja berkurang malah bertambah kerana lambakan rokok2 seludup seperti jenama Zon King, Luffmant dan rokok bola. Rokok2 tidak sah ini yang pakcik tau dijual dengan harga sekitar RM2 sahaja.

Pakcik berharap supaya pihak penguatkuasa lebih memantau rokok seludup ini yang bukan sahaja lebih berbahaya kepada kesihatan, malah mengelak cukai yang sepatutnya wang itu boleh digunakan untuk negara.

Ketagihan merokok biasanya bermula di bangku sekolah. Jika seseorang itu "dapat bertahan" sehingga menjejakkan kaki ke alam pekerjaan dengan tidak merokok, Insyaallah beliau akan terus tidak merokok.

Mari kita tengok benda apa yang menyebabkan kita ketagih sangat sampai tidur malam tak lena kalau tidak menghisap dulu.


Jadi marilah kita sama2 mengingatkan rakan2 dan saudara mara kta yang merokok agar berhenti merokok sebelum terlambat kerana rokok merugikan wang dan kesihatan.


p/s: cikgu suruh buat karangan

Siasatan kes bunuh Sosilawati masih belum siap

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, kertas siasatan kes pembunuhan usahawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya akan siap tidak lama lagi. Kertas siasatan itu dijangka akan dihantar bersama keputusan ujian DNA.

Datuk Seri Mohd Bakri Zini memperingatkan orang ramai terutama pihak media agar menunggu keputusan siasatan dari pihak polis dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Imbas kembali, pihak polis telah menghantar kertas siasatan kes itu kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 Sept yang lalu tetapi dikembalikan semula keesokan harinya untuk dilengkapkan.

Ahad, 3 Oktober 2010

Tun Dr Mahathir Mohamad Masuk Hospital


Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana Menteri kita dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, untuk mendapatkan rawatan jangkitan kuman di dada.

Tun diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Melbourne Khamis lalu bagi berucap di seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne.

Sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4 itu.

Ahad, 26 September 2010

Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun


Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama Malaysia apabila muncul sebagai juara Terbuka Jepun. Lee Chong Wei berjaya menewaskan musuh ketatnya Lin Dan, pemain China dalam aksi final.

Datuk Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan dalam masa 81 minit dan menang dengan mata 22-20, 16-21, 21-17.

Tarikh 10.10.10

Tarikh 10.10.10. Jatuh pada hari Ahad = hari cuti hujung minggu. Apa yang pakcik tau, pakcik akan mengalami kesibukan melampau dengan perut yang kenyang. Hehehe....

Ramai yang akan mengabadikan tarikh yang "susah nak dapat ni" dengan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka.

Ada yang dgn azam baru, ada nak beli kete baru, ada yang nak bertunang... Dan ramai rakan2 pakcik memilih tarikh tu untuk kahwin... Yahoooo.... nasik minyak lagi.

Pakcik pun dah taktau rumah sapa pakcik nak pegi dulu, rumah sapa kemudian dan rumah sapa pakcik makan bnyk, rumah sapa sikit. Bila dah 5 rumah hantar jemputan, pakcik kene la dtg semua...

Korang ada plan pape ke masa 10.10.10??

Khamis, 23 September 2010

Badrul Muhayat Bercerai jua...



Setelah pelbagai spekulasi dibuat, akhirnya pelakon serta model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani bercerai dengan isterinya, Julia Daud. Badrul telah menjatuhkan talak satu ke atas Julia.Julai yang bekerja sebagai pengurus acara dan penari sambilan itu menanggung dua orang anak, Siti Batrisyia, 3, dan Badrul Hidayat, 7 bulan. Julia merancang memulakan hidup baru dengan berpindah dan mencari pekerjaan yang lebih baik. Pakcik doakan agar Julia tabah dan berjaya dalam hidup.

Shahir AF8 Kemalangan Jalanraya



Isnin lalu, Shahir AF8 telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hurm... Shahir selamat cuma mengalami sedikit bengkak di kepalanya. Namun kemalangan itu telah menyebabkan kereta baru Shahir AF8 yang baru dibeli, Nissan Fairlady warna putih remuk teruk setelah berpusing 5 kali di atas jalan dan merempuh besi penghadang tepi jalan.




Kemalangan yang berlaku di Tapah, Perak itu berpunca daripada air hujan yang bertakung ditepi lebuhraya dan menyebabkan Shahir gagal mengawal kereta. Kereta Shahir AF8 berpusing lima kali sebelum merempuh besi penghalang di tepi jalan. Syukur, nasib baik kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain, atau keadaan akan menjadi lebih buruk.

Suspek kes Sosilawati jalani ujian DNA

Lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dipercayai bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Turut dibawa menjalani ujian itu ialah tiga individu lain.

Imbas kembali, Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Kesemua mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Suspek-suspek dan tiga individu itu tiba di perkarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu kira-kira pukul 3 petang menaiki sebuah trak polis yang diiiringi dua buah kereta peronda polis. Mereka dibawa dari Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) itu dikawal ketat oleh pihak polis. Kesemua suspek dibawa pergi oleh pihak polis lebih kurang pada jam 5.

Selasa, 21 September 2010

Profil Erni Dekritawati



Setelah pemergian ibunya, kini anak sulung kepada Datuk Sosilawati, Erni Dekritawati berazam meneruskan empayar perniagaan Allahyarham ibunya. Erni kini mengambil alih tugas ibunya dengan menjawat jawatan sebagai Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd yang baru.


Memang ramai yang memperkecilkan kebolehan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati ini namun tidak ramai yang sedar bahawa Erni sejak awal lagi telah didedahkan dan perturunkan ilmu selok belok perniagaan oleh ibunya.



Profil Erni Dekritawati

NAMA: Erni Dekritawati Yuliana Buhari
JAWATAN KINI: Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, United Kingdom
UMUR: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ADIK BERADIK: Sulung daripada enam beradik

INFO LAIN TENTANG ERNI DEKRITAWATI

-Erni Dekritawati atau lebih senang dikenali sebagai Rita mendapat didikan perniagaan sejak di bangku sekolah lagi apabila ibunya sering membawa Rita ke pejabat.

-“Saya diajar membuka bil, cara menarik pelanggan dan melayani pelanggan yang datang membeli produk. Setiap kali cuti sekolah, saya tidak berpeluang pergi bercuti seperti rakan lain, sebaliknya wajib datang ke pejabat seperti orang bekerja iaitu pergi pagi balik petang."

-Mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.

-Menurut Rita, dia pernah meminta kebenaran ibunya untuk mencari pengalaman kerja di United Kingdom selepas tamat pengajian kerana penuntut asing mempunyai dua tahun visa untuk kerja. Bagaimanapun tidak diizinkan ibu.