sila klik untuk kehidupan lebih bahagia
Jumaat, 30 Julai 2010
silap mata terhebat!!
pakcik nak share video silap mata yang power gile. silap mata yang tidak berani dimainkan oleh mana2pun ahli silap mata
Rabu, 28 Julai 2010
tebang pokok guna maki hamun...
pakcik nak share satu info yang pakcik dapat..
di kepulauan solomon, penduduk di sana menggunakan cara yang pelik untuk menebang pokok besar yang sukar ditebang, hanya dengan menggunakan kata-kata makian@carutan dan nistaan. seseorang yang mempunyai kepakaran dalam hal makian akan memaki hamun pokok tersebut siang malam, selama 30 hari. pokok itu akhirnya akan mati dan tumbang sendiri.
menurut mereka, kata2 maki itu akan membunuh roh pokok tersebut....
Label:
kaian hamun,
kepulauan solomon,
maki,
makian,
pokok
Isnin, 26 Julai 2010
Banci penduduk - Jangan buat-buat tak tahu
banci penduduk telah mula dijalankan. namun para petugas menghadapi masalah penduduk yang tidak mahu membuka pintu rumah dan memberi kerjasama. pakcik tak nafikan pada masa ni, ramai yang seisi rumah keluar bekerja. namun pakcik difahamkan para petugas bancian akan meninggalkan borang untuk diisi oleh penduduk yg tiada di rumah. lebih haru lagi bila petugas punyelah bg salam, namun tidak diendahkan.. alahai... Malaysia...
Label:
banci,
bancian,
bancian penduduk,
bancian penduduk 2010,
malaysia
Street Dance - Teaser Trailer - Films N Movies
Street Dance - Teaser Trailer - Films N Movies
filem yang boleh dikatakan best la
simple movie tapi ada spirit. pergh!!!
gi kat link kat atas nak tgk preview
Label:
filem,
movie,
street dance,
street dance 2010,
streetdance
mek kelate kuat membebel?? pendiam??

mek kelate kuat membebel? betul ke ni?
pakcik lum pernah ada berurusan apa2 dengan mek2 kelate
tp ada juga mendengar keluhan beberapa org kawan yang bermakwekan mek kelate.
kata mereka, mek kelate kuat mengungkit dan membebel. kalau sekali keluar dating dtg lambat, sampai dating kali ke 100 pun dok ungkit. pakcik taktau la betol ke tak maklumat ni. pastu, mek-mek kelate yang comel lote ni pendiam je. kalau jumpe
orang2 lain yang sejantina, tanya sepatah, jwb sepatah. tp kalau jumpe yang
senegeri, fuh... pok pek pok pek. mesingan lagi...
hehe... mek2 kelate jgn marah ye. kalau ada yang x puas hati atau
bg pendapat, boleh anta komen..
Ahad, 25 Julai 2010
hari ahad dan overtime!!!!
hari ahad minggu ni pakcik x wat overtime. biasa2 ada tp kali ni bos x bg. xde keje kononnye. so, pakcik dah lame x rehat kat uma pada hari ahad. rasa janggal pulak. ada rasa mcm malu2 je nk tido2 lagi.. hehe..
Sabtu, 24 Julai 2010
keisuke honda hampir ke ac milan?

bintang jepun di piala dunia 2010, semakin hampir ke ac milan. kelab itali itu hampir mendapatkan pemain cska moscow itu dengan nilai perpindahan RM61.8 juta. jurulatih ac milan, massmiliano mahukan honda beraksi bersama-sama ronaldinho dan alexandre pato. honda yang menunjukkan aksi cemerlang di piala dunia 2010 boleh bermain posisi penyerang dan tengah.
Label:
ac milan,
bintang jepun,
cska moscow,
honda,
keisuke honda,
ronaldinho
cerita wayang best minggu ni - sorcerer's apprentice


pakcik telah berkesempatan menonton wayang minggu ni. cerita sorcerer's apprentice. pada pandangan pakcik, cite ni memang best. pakcik bagi 5 star. walaupun watak utama dalam crita ni nampak "bangang" dan "bodoh-bodoh", namun dia tetap berjaya membawa wataknya dengan baik. filem ini juga sedikit sebanyak dapat mengubah pandangan kita tentang dunia magik. eh, tak boleh la pakcik nak cite semua. jadi pada sesiapa yang bercadang untuk menonton wayang namun belum ada cerita yang hendak ditonton, pakcik cadangkan la filem ni. gerenti puas hati.
Langgan:
Catatan (Atom)