sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Isnin, 4 Oktober 2010

Harga Rokok Naik


Harga rokok naik 70sen berkuatkuasa hari ini. Kenaikan yang agak tinggi jika dibandingkan dengan kenaikan-kenaikan yang lalu. Justeru dengan kenaikan 70sen ini, sebungkus rokok yang berharga RM7.80 akan menjadi RM8.50 dan RM9.30 akan menjadi RM10.

Bagi pakcik yang tidak merokok, kenaikkan ini tidak membebankan apa2 pada pakcik. Tapi bagi perokok2 tegar, sendiri mau ingat. hehe.

Pakcik harap dengan kadar harga baru yang tinggi ini, akan menarik lebih ramai perokok akan meninggalkan tabiat merokok atau paling kurang, mengurangkan menghisap rokok.

Menjadi kerisauan pakcik juga apabila harga rokok naik, perokok bukan saja berkurang malah bertambah kerana lambakan rokok2 seludup seperti jenama Zon King, Luffmant dan rokok bola. Rokok2 tidak sah ini yang pakcik tau dijual dengan harga sekitar RM2 sahaja.

Pakcik berharap supaya pihak penguatkuasa lebih memantau rokok seludup ini yang bukan sahaja lebih berbahaya kepada kesihatan, malah mengelak cukai yang sepatutnya wang itu boleh digunakan untuk negara.

Ketagihan merokok biasanya bermula di bangku sekolah. Jika seseorang itu "dapat bertahan" sehingga menjejakkan kaki ke alam pekerjaan dengan tidak merokok, Insyaallah beliau akan terus tidak merokok.

Mari kita tengok benda apa yang menyebabkan kita ketagih sangat sampai tidur malam tak lena kalau tidak menghisap dulu.


Jadi marilah kita sama2 mengingatkan rakan2 dan saudara mara kta yang merokok agar berhenti merokok sebelum terlambat kerana rokok merugikan wang dan kesihatan.


p/s: cikgu suruh buat karangan

8 ulasan:

  1. rse2 nyer bonus tahun neh bnyk dpt la kat penjawat awam

    BalasPadam
  2. Tak kisah la naik ke turun, sbb saya bukan perokok..

    BalasPadam
  3. wah best2..harap2 cpat aku benti isap rokok :)

    BalasPadam
  4. harga rokokk dah naik..hope ramai yang benti isap rokok~;)

    BalasPadam
  5. lady setuju harga rokok naik.. naik sehingga 5o ringgt sekotak pun xpe :P hihihi

    BalasPadam
  6. harga rokok dh dekat nak sama dgn harga emas.. yess.. boleh simpan buat pesaka !!!

    BalasPadam
  7. Nasib baik saya ni tak merokok.. hehe

    BalasPadam
  8. btul ker pkck x isap rokok? ngee~

    BalasPadam